Saturday, August 4, 2012

Panggilan SOS !!!! Najib ke Sabah ekoran MP BN berpaling tadah


Pak Najib..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sendiri akan turun ke Sabah ekoran pembelotan dua anggota Parlimen BN, di mana beliau akan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu.

Beliau juga menolak anggapan bahawa lebih ramai anggota parti komponen BN akan berpaling tadah, antaranya daripada Upko dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

"Setakat ini ia hanya desas desus, tetapi apa yang lebih penting sekarang, kedudukan kita tidak tercancam dan kita mampu menangani cabaran ini," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, beliau berkata, BN akan mengambil langkah yang perlu untuk mengukuhkan Umno dan BN di negeri itu.

RCI itu diumumkan pada 1 Jun lalu tetapi belum ada sebarang perincian dikemukakan setakat ini.

Najib berkata beliau sudah bertemu beberapa pemimpin BN Sabah ekoran pembelotan sebelum ini tetapi akan sekali lagi turun pada pada Sabtu ini. Malaysiakini

3 comments:

  1. kesian pak najib...tak pasal2 kena terbang ke Sabah..anak buah tak buat keja ke

    ReplyDelete
  2. Kate takde ape2, ngelabah nampak!!!!!

    ReplyDelete
  3. UMNO/BN Sabah jangan pandang rendah kemampuan dan keupayaan DSP Wilfred Bumburing..dia ada lah salah seorang pemimpin 'besar'dan berpengaruh dalam masyarakat KDM Sabah..sepatutnya kepimpinan UMNO pusat lebih 'accomondative'untok melihat dan mendengar masalah yang disuarakan olehnya..sayang dia langsung tidak diberi muka.

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..