Tuesday, August 7, 2012

Perghh Hot Ni..BN masih hidup kerana ada bajet kerajaan' Kalau tidak lama dah.!!!


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sudah kehabisan modal untuk menarik sokongan rakyat sebaliknya hanya menggunakan tiket sebagai pemerintah untuk terus bertahan.


Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad mendakwa, dengan kapasiti sebagai parti pemerintah, BN menggunakan segala kemudahan awam dan dana setiap kementerian untuk mengumpan rakyat.



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib razak pula katanya dilihat sebagai tokoh transformasi yang 'tiada isi'.




"Mungkin pada permulaan orang agak teruja dengan laungan transformasi. Tetapi setelah sekian lama beliau bercakap, maka terserlah wajah sebenar Najib sebagai pemimpin yang hanya pandai melaungkan tranformasi sahaja," katanya.



Beliau berkata, hal ini dapat dibuktikan apabila Najib membelanja hampir RM5.77 bilion untuk enam bulan pertama tahun 2012 untuk membeli sokongan rakyat agar memilih BN dengan pelbagai janji.



"Ini semua perbelanjaan luar jangka. Sebanyak RM2.2 bilion untuk bonus kakitangan kerajaan seramai 1.4 juta.



"Termasuklah juga pelbagai pengumuman Projek  “one-off” yang memakan belanja hampir  RM3.57 billion. Seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Bantuan Kembali Ke Sekolah 1Malaysia and Bantuan Buku 1Malaysia," katanya.



Tambah beliau, tahun ini sahaja sudah dua kali bajet tambahan diluluskan di Parlimen, iaitu pada bulan Mac sebanyak RM10,290,243.800 (Lebih RM10.2 bilion) dan RM13.8 bilion pada Jun menjadikan bajet tambahan sejumlah lebih RM23 bilion bajet tambahan.



"Peruntukan segera sebanyak RM609 juta dilulus dalam 11 minggu (Januari-Mac 2012) ketika  lawatan perdana menteri dan timbalannya ke seluruh negara dengan Perak merekodkan kelulusan tertinggi sebanyak RM220.38 juta untuk 34 projek.



"Apakah Umno BN boleh hidup, jika kuasa di peringkat pusat jatuh ke tangan Pakatan Rakyat?" soalnya. Harakahdaily

4 comments:

  1. mana tidak..ok..saya bagi sini 5 juta,...sana 2 juta ..macam tu la

    ReplyDelete
  2. kalau bajet tu xde mmg confirm lama dahhh~

    hoho..

    ReplyDelete
  3. Politik kiri kanan dah macam kartun.....yang PAS mengata BN...yang BN mengata PAS...haramjadah tol...

    ReplyDelete
  4. Asal nak pru13 je mule la tawar2 projek..da menang,5 tahun kehadapan bru mule buat.

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..