Nakoula dibawa keluar dari rumahnya oleh anggota pejabat syerif Los Angeles untuk disoal siasat berikutan penerbitan filem Innocence of Muslims yang menimbulkan kemarahan umat Islam 15 September lalu.
Los Angeles: Penerbit filem anti-Islam yang mencetuskan bantahan jalanan di seluruh dunia Islam ditahan di California atas dakwaan melanggar perintah pemerhatian dan seorang hakim persekutuan mengarahkan beliau dipenjarakan tanpa jaminan.Nakoula Basseley Nakoula, 55, ditahan di sebuah lokasi yang tidak didedahkan pihak berkuasa Amerika Syarikat dan dibawa ke mahkamah di Los Angeles dengan masih lagi mengenakan pakaian biasa tetapi bergari dan dirantai di pinggang.
peraturan pembebasan pada 2011 dari sebuah penjara di sini atas kesalahan menipu bank ketika menerbitkan filem, walaupun pihak berkuasa berkata mereka tidak menyiasat filem terbabit.
“Mahkamah sudah hilang kepercayaan terhadap defendan kali ini,” kata Hakim Majistret Amerika Syarikat, Suzanne Segal yang menolak permohonan jaminan Nakoula pada perbicaraan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat.
Video beliau selama 13 minit difilemkan di California dan disiarkan di internet di bawah beberapa tajuk termasuk “Innocence of Muslims.” Ia menghina Nabi Muhammad termasuk melakukan seks songsang.
Klip berkenaan mencetuskan rusuhan anti Amerika Syarikat di Mesir, Libya dan berpuluh negara Islam lain sejak dua minggu lalu.
Keganasan berkenaan juga adalah berkebetulan dengan satu serangan di kemudahan diplomatik Amerika Syarikat di Benghazi yang membunuh empat rakyatnya termasuk duta Amerika Syarikat ke Libya.
Mengikut peraturan pembebasan Nakoula dari penjara, beliau dilarang mengakses internet atau menggunakan nama lain tanpa permintaan pegawai pemerhati, kata rekod mahkamah. Beliau kini berhadapan dengan lapan dakwaan melanggar perintah pemerhatian.
Ketika menolak permohonan jaminan, Segal menyifatkan beliau sebagai risiko penerbangan dan berkata pengeluar filem Coptic Christian yang tinggal di Cerritos, Los Angeles terbabit dalam gaya penipuan yang berterusan, termasuk menggunakan beberapa nama lain.
Nakoula tidak kelihatan di mata umum sejak dua minggu lalu berikutan kemarahan orang ramai terhadap filem itu. Minggu lalu, Menteri Keretapi Pakistan, Ghulam Ahmad Bilour menawarkan sejumlah $100,000 kepada sesiapa yang membunuh pembuat video terbabit.
Pejabat perdana menteri Pakistan bagaimanapun enggan mengulas mengenai kenyataan itu.
Seorang peguam Nakoula melahirkan kebimbangan di mahkamah mengenai keselamatan anak guamnya dan meminta perbicaraan diadakan secara tertutup kepada media. Reuters
macam kes ..Altantuya pula..pakai tutup muka
ReplyDelete