Thursday, October 11, 2012

Terkejut !!! Baru kita tahu !!! Dulu ceramah Pas di Johor , banyak Pokok Dari orang.., ye ke in !!...


Dulu ceramah di Johor hanya kepada pokok


Mohd Sabri Said,10 Okt 2012

TASEK GELUGOR: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar)berkata, dulu di Johor jika PAS berceramah hanya pokok yang sudi mendengar tapi sekarang dipenuhi lautan orang..harakahdaily
TASEK GELUGOR: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar)berkata, dulu di Johor jika PAS berceramah hanya pokok yang sudi mendengar tapi sekarang dipenuhi lautan orang.


Ini merupakan satu kebangkitan luar biasa yang sukar dipercayai namun itulah hakikat sebenar kemaraan tsunami politik sejak tahun 1999 di Johor.

Walaupun di Johor kebangkitan agak lambat berbanding negeri lain tetapi ianya menyeluruh terutamanya anak muda yang terdedah dengan media baru.

"Itulah kesan media baru terhadap anak muda. Mereka lebih mempercayai media baru yang bersikap tidak menyebelahi kerajaan Barisan Nasional (BN)," terangnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Cawangan baru PAS Cawangan Taman Desa 

Sena dalam Parlimen Tasek gelugor

Ini merupakan satu kebangkitan luar biasa yang sukar dipercayai namun itulah hakikat sebenar kemaraan tsunami politik sejak tahun 1999 di Johor.


Masyarakat Felda ujarnya, sudah sedar dan menanti saat pilihanraya umum ke 13 untuk menghukum kezaliman BN yang lebih mementingkan kroni daripada menjaga kebajikan rakyat.

Sekarang, katanya, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Saudara Mazlan Aliman berjaya mengoncang Felda dengan isu saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang kian merudum.

Menurut Haji Mohamad lagi, kemunculan Ahli Parlimen Kubang Kerian di Johor, Salahudin Ayob juga menjadi faktor kenapa sambutan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat semakin diterima ramai.

"Terlalu banyak penyelewengan yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN pimpinan Ghani Osman bocor hari demi hari, " tegasnya.

Pemberian BR1M yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pun sekadar 'one off' ekoran tibanya pilihan raya.

Lagipun kemantapan Pakatan Rakyat membuatkan BN tidur tidak lena sampai sekarang sekaligus mengusarkan perasaan Perdana Menteri,  Najib Razak.

Ramai rakyat Johor, katanya, kecewa terhadap Najib kerana gagal membawa perubahan yang menguntungkan rakyat umumnya sebagaimana kejayaan mantan Perdana Menteri ke dua Malaysia yang juga ayahanda pada Najib.

"Rakyat kena bandingkan pemerintahan ayahnya dengan beliau baru terasa ada perbezaan yang besar.  Ayahnya berjuang untuk rakyat sebaliknya Najib menghalakan perjuangan menyelamatkan kroni, " jelasnya.





9 comments:

  1. Masih ramai rakyat Jauhor yg tak masih tak sedor tanah tergadai pada rakyat S'pore.

    ReplyDelete
  2. orang johor ni agak slow, biasalah, dah biasa makan disuap sampai jadi ngok. harap2 PRU13 ni, mereka sedar yang tanah cantik semua dah diambik singapora. tanah2 paya bakau aje untuk orang johor nanti.

    ReplyDelete
  3. Otak ko org johor slow...aku anak jati johor....lu sembang tanah johor...pesal xnak sembang tanah kat pulau pinang plak? sape yang rakus kat sana kalo bukan lu org punya geng DAP.....puak pakatan memang suka mengata org lain..diri sendiri xbetul....

    ReplyDelete
  4. anonymous 11/10/12 - bab tanah pulau pinang lu tak yah ckp klu lu tak tau apa2 .... berapa lama dap perintah pulau pinang ? dan berapa lama gerakan perintah pulau pinang ? cuma yg untungnya sebab rakyat pulau pinang dah sedar cepat ubah kepada PR ... cuma rakyat negeri johor yg masih belum sedar .. ubahlah sebelum singapore ambilalih negeri johor ...

    ReplyDelete
  5. Sedar ke tidak org johor, hari2 lori2 keluar masuk ke Singapore antor pasir dgn batu. Cuba tenggok kat jalan nak ke Tempanes, berapa banyak pasir dah dia simpan...dah jadi macam bukit pasir. Itu baru satu tempat simpanan. Cuba luu agak, bangunan2 kat sana dibina pakai pasir/batu dr mana?

    ReplyDelete
  6. Since your resume is what the employers see first, you will want it to be well-organized and professional looking. Print it on a thick paper rather than just regular copy paper. Loans for unemployed tenants are the unsecured form of loans as they do not demand any kind of collateral form the borrowers in the form of valuable assets like real estate or any other property. The loan amount for these loans ranges from $5,000 to $25,000 with a repayment duration of about 1-10 years. The interest rates for these loans are slightly higher as the lenders are completely at risk in case the borrower fails to repay the entire loan amount by the time. The borrower who have bad credit score like CCJs, arrears, defaults, late payments, missed payments etc. can avail these loans without any trouble since there is no credit check. The loan application procedure is very quick due to the absence of the paper-work. Before applying for these loans, the borrower must satisfy some conditions like he must be a reliable citizen of UK, must be earning a regular monthly income, must be 18 years old or above and must have an active bank account. The borrower must not apply for a loan amount more than their requirement as it will only trouble them-up with useless interest to be paid by them. This is why it's so important to create a compelling future: a clear, well-defined image of your chosen outcome will propel you towards it at those times when the going gets tough. BS Computer Science/ Business Minor Carlsbad

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..