KANGAR - Polis menahan ibu bapa gadis berusia 17 tahun yang dipercayai membuang bayi yang baru dilahirkannya ke dalam tali air kelmarin bagi membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis Supt Mohd Nashir Ya berkata, pasangan suami isteri berusia lingkungan 40-an itu ditahan pukul 9.47 malam semalam.
Setakat ini polis telah menahan enam orang bagi membantu siasatan kes tersebut, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Awal pagi semalam, polis menemui mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat selepas menerima laporan pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah.
Pegawai perubatan itu membuat laporan polis selepas mengesyaki pendarahan yang dialami seorang pelajar perempuan yang dirujuk ke hospital itu pada 9.20 malam kelmarin disebabkan komplikasi bersalin.
Hasil siasatan, gadis itu mengakui melahirkan bayi perempuan yang kemudian dibuang ke dalam tali air tersebut.
Susulan penemuan mayat bayi itu, polis menahan empat individu termasuk teman lelaki dan abang gadis berkenaan. - Bernama...inilah masalah akhlak muda muda zaman sekarang..semoga Allah lindungi ahli keluarga kita...
nei bukan salah laki bukan salah perempuan
ReplyDeletenei salah depa
depa buat depa tanggung
berani sedap
berani pahit
heil freund salam,
ReplyDeletezina ni dah mcm jadi kebiasaan pula, dgn klip 3gp berleluasa, tapi HARAM! xda tindakan ddrpd government, sampai jadi mcm bosnia baru nak bertindak? dah terlambattttt
http://sambal3gp.tumblr.com/