Mani haiwan RM486,100 belum 'bernyawa'
Sebuah anak syarikat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) didapati masih belum menggunakan air mani kambing dan lembu untuk permanian berhadas bernilai hampir setengah juta ringgit.Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, Marditech Corporation mengimport air mani daripada Afrika Selatan dan Australia untuk tujuan pembiakan.
Daripada 3,800 straw mani kambing dan lembu yang diimport antara 2007 hingga 2011, sebanyak 3,334 straw bernilai RM486,100 belum digunakan sehingga 31 Disember 2011.
Sebanyak 380 embrio kambing bernilai RM528,000 juga belum digunakan juga belum digunakan sehingga tarikh sama.
Audit juga mendapati Pusat Embrio Haiwan Negara hanya mengeluarkan 35 baka walaupun mengucapkan 199 embrio kambing, dengan peratus kejayaan 17.6 peratus.
Marditech bagaimanapun menyifatkan sebagai "sangat memuaskan" ekoran teknologi itu masih baru di rantau ini, dengan membandingkan peratus kelahiran melalui kaedah itu di negara maju yang industrinya sudah matang juga juga hanya 20 hingga 30 peratus sahaja.
Salam...macam mana ni...macam mana duit gomen tak habis
ReplyDeleteSalam...macam mana ni...macam mana duit gomen tak habis
ReplyDelete