Seorang pengamal perubatan tradisional mati manakala teman wanitanya cedera parah dalam satu kejadian tembak di rumahnya di Jalan Permas 12/10, Bandar Baru Permas Jaya di Johor Bahru semalam.
Pengamal perubatan itu, Ang Keng, 40, ditembak di tingkat bawah manakala teman wanitanya Sureen Toh, 30, ditembak di sebuah bilik di tingkat atas rumah teres dua tingkat itu.
"Kita menerima panggilan pada jam 5.15 petang daripada Sureen yang mengatakan dia dan pasangannya telah ditembak.
"Pasukan kita tiba bersama sebuah ambulans, bagaimanapun Ang Keng didapati telah meninggal dunia manakala Sureen cedera di badan," kata Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Zainuddin Yaacob ketika ditemui di tempat kejadian.
Zainuddin berkata Ang Keng didapati ditembak di kepala dan badan manakala Sureen ditembak di badannya namun tidak dapat memberikan jumlah tembakan yang dilepaskan dalam kejadian itu.
Pihak unit forensik polis tidak menemui sebarang tanda pecah masuk ke rumah itu dan Zainuddin tidak menolak bahawa mangsa mengenali penyerang yang mungkin
lebih daripada seorang.
Pihaknya juga masih belum tahu motif serangan kerana tiada barangan berharga yang hilang daripada rumah tersebut dan polis juga akan menyiasat rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di rumah mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sureen dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah.
Zainuddin juga menyeru agar orang awam tidak membuat panggilan ke talian 999 bagi kecemasan seperti itu sebaliknya menghubungi talian hotline 07-2212999 untuk tindakan lebih cepat daripada polis.
- Bernama

PERINGATAN: Blogger bertanggungjawab terhadap komentar yang ang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Macm Mcam bodoh ni...
ReplyDeleteapa pasal nak ubah no kecemasan. no 999 semua orang boleh ingat. ingat senang ke masa-masa kecemasan nak ingat no panjang-panjang.
ReplyDeleteNegara paling aman di rantau Asia Tenggara, jenayah pembunuhan takder dalam istilah harian!
ReplyDeleteKlu kcemasan mana nk ingt dh no pjg2..huhu..
ReplyDelete