Saturday, December 22, 2012

Dahsyattt: Bahana Menjadi Gundik..selama 11 tahun

Mangsa Pemuas Nafsu
SHAH ALAM: Tidak mahu terus bergelumang dengan dosa, seorang ibu tunggal tiga anak yang menjadi wanita simpanan seorang pegawai kerajaan selama hampir 11 tahun, rela berdepan hukuman apabila menyerah diri di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), di sini, kelmarin.
Wanita berusia 40-an itu mengaku sudah empat kali menggugurkan kandungan hasil hubungan haram itu, namun kini insaf selepas menyedari kekasih gelapnya itu hanya menjadikannya alat pemuas nafsu.

Malah, dia yang mahu dikenali sebagai Ros berkata, lelaki itu sering memukulnya hingga hidungnya patah akibat dipijak dan wangnya juga dikikis sehingga puluhan ribu ringgit termasuk untuk membeli kereta.

Menurut Ros, penyesalannya semakin mendalam selepas anak lelaki yang berusia 10 tahun mengetahui perhubungan terlarangnya itu dan menasihatkannya meninggalkan lelaki terbabit.

“Tambahan pula, kini lelaki itu sudah meninggalkan saya dan menjalin hubungan dengan perempuan lain. Jadi, terbukti dia bukan mahu menjadikan saya isteri keduanya seperti dijanjikan. Hmetro









14 comments:

  1. Ya-Allah..takutnya...menjadi gundik hampir 11 thn....lamanya masa yg diambil utk sedar sedangkan lelaki itu tidak pula melayannya dgn baik..apa2 pun Allah dah buka pintu hatinya utk bertaubat...semoga dia bertaubat dgn sebenar-benar taubat....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, yg pompuan dah insaf & bertaubat, yg jantan sekor tu tak sedar2 lagi.

    ReplyDelete
  3. 11 tahun????

    dahsyatnya..... alhamdulillah kerana sudah insaf dan bertaubat. semoga Allah menerima taubatnya.

    Pelaku keatas mangsa wajib dihadapkan kemuka pengadilan dan dihukum mengikut undang-undang syariah bukannya undang-undang sivil. Pengadu/mangsa wajar membuat laporan ke Mahkamah Syariah bukannya ke PDRM dan mahkamah sivil.

    ReplyDelete
  4. 11 tahun?lama tue..bila nafsu menguasai..huhu..lelaki tuebila lah nak insaf

    ReplyDelete
  5. patut pompuan simpanan dpt wang atau harta, ni kena kikis pulak. ni bukan pompuan simpanan, ini hamba jantan. selama 11th tak insaf dok dgn jantan, dah kena tinggal baru nak insaf. betul ke insaf, takut ada peluang buat lagi. walau bagaimanapun syukur kerana dah insaf dan diharap dia memang benar2 insaf bukan kerana ditinggalkan..

    ReplyDelete
  6. mudah2an mohon taubat wanita ni diterima Allah SWT

    ReplyDelete
  7. kenapa x tinggalkan awal2 lagi sedangkan lelaki itu bukan loaded sangat pun. siap kikis duit lagi apa cite. ingatkan jawatan tinggi. x berbaloi.

    ReplyDelete
  8. apa status anak lelaki dia yg berumur 10th. hubungan tanpa nikah 11th. anak hasil hubungan tanpa nikah atau anak sah dengan bekas suami? kalau anak sah dgn bekas suami bermakna dah jadi gundik ketika dgn suami yang sah lagi ke? tak complete citer dia ni...

    ReplyDelete
  9. Lelaki Gelap? Orang mamak ke?

    ReplyDelete
  10. Dunia nak kena bala dah

    ReplyDelete
  11. Bala bila manusia tak ikut hukum allah. Hukum allah buat main boleh...tunggu la

    ReplyDelete
  12. mungkin wanita ini kena minyak dagu..kita tak boleh terus mempersalah kan wanita..saya dah lihat sendiri bagaimana wanita cina kena minyak dagu oleh orang melayu..gaji serah bulat bulat..asb ketika itu maximum (50K)..

    ReplyDelete
  13. betulke Anoymous said...3"56AM
    Mana cina boleh buka acct ASB. ASB hanya untuk Bumiputra saja.. Nak kelentong pun kena fakta yang betul...

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..