Para hadirin berdiri mengikuti ucapan pemimpin Pakatan Rakyat kerana padang becak.
NIBONG TEBAL: Sekalipun padang becak kerana hujan petang tadi, namun tidak menghalang lebih 15,000 orang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang di Padang Awam Jawi, malam ini.
Hujan yang turun renyai-renyai kira-kira jam 5.40 petang, yang kemudiannya lebat selama 15 minit pada jam 6.00 petang menyebabkan padang menjadi becak dan sebahagiannya ditakungi air.
Begitupun, selepas solat Isyak, orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum mula berpusu-pusu ke padang tersebut untuk mengikuti pidato yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu...
Aksi menarik Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu.
Lim Guan Eng menyampajkan ucapan.
Ito turut memeriahkan himpunan.
Auto show menarik perhatian hadirin.
Aksi menarik Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu.
Ini yang di takuti BN
ReplyDelete