Tuesday, January 1, 2013

Gempar !!! Pelajar Tidur Macam Sardin, Sampai 20 Orang sebilik


Kejadian berlaku di Sibu, Sarawak.

Gambar : Sekumpulan pelajar sekolah di anggarkan kira-kira 20 orang [dalam gambar] sedang tidur, lelaki dan perempuan dalam satu bilik yang sempit...

Apa yang berlaku?

Awal tahun ini diberitakan bahawa bangunan kayu iaitu hostel yang menempatkan pelajar2 ini telah runtuh. Kejadian itu menyebabkan 5 pelajar perempuan cedera teruk, dan 13 mengalami kecederaan di tubuh badan mereka.

Sekolah tersebut ialah SK Punan Ba in Belaga. Hampir setahun berlalu namun bangunan mereka masih tidak siap. Tahun ini [2012] mereka telah melalui hari2 yang teruk [waktu persekolahan], di mana tidur di bilik yang sempit, bila hujan, mereka basah disebabkan bumbung bocor, tiada bantal, selimut apatah lagi terpaksa bersabar dengan kehadiran nyamuk.

Persoalannya, sampai bila pelajar2 ini harus berhadapan dengan suasana seperti ini?

Apakah langkah2 untuk menyediakan keadaan yang selesa untuk mereka benar2 memakan masa yang sangat panjang?

Untuk perhatian anda, ada sebahagian dari mereka tidur di quarters pengetua dan sebahagian lagi di quarters cikgu. Dan gambar ini merujuk kepada quarters guru. Jika quarters guru pun "seperti ini" bagaimana pula keadaan nya dengan hostel para pelajar ini agaknya?

Tolong la berbuat sesuatu untuk ubah keadaan mereka.

Artikel rujukan : http://www.theborneopost.com/2012/12/05/packed-like-sardines/

7 comments:

  1. TAKAN SEMUA NI PM NAK AMBIL TAHU.HEHE

    ReplyDelete
  2. KALAU PM JENIS YANG CARING SUDAH TENTU MENTERI2 MACAI DIA TAK BERANI NAK BUAT BENDA2 YG KECIL MACAM NI!

    ReplyDelete
  3. ...itu semua x pe, yg penting BN menang!!

    ReplyDelete
  4. yg ptg pemimpin tdr dlm mahligai. Klu pemimpin ssh, rakyat lg ssh. So biar la kita rakyat ni berkorban demi pemimpin!

    ReplyDelete
  5. 1. mentri besor gol jutawan. Tak kan tak boleh kuar duit poket sendrik utk budak2 saarawak yg nak blajar nik?

    2. Bakar duit main bunga api malam tahun baru boleh pulak. Kalau bagi duit tu buat asrama kat bebudak yg nak belajar tu, bukan ker elok!!

    3. Harap2 benda macam ni jadi keutamaan kpd PR apabila mentadbir putrajaya nanti. Jangan sampai bersikap 2X5 dengan BeNd pulok!

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..