Tuesday, December 4, 2012

Remaja trauma..Setelah di nodai oleh Kawan baik...


                                                                                     
SAYA kini melanjutkan pengajian di sebuah universiti tempatan dan mengambil jurusan sains. Saya pernah mengalami satu peristiwa hitam dalam hidup hingga sukar melupakannya.
Masalah ini amat berat untuk ditanggung. Ia berkaitan dengan perbuatan seks yang tidak rela antara saya dengan kawan baik. Walaupun peristiwa itu sudah lama berlaku, ia masih lagi terpahat dalam ingatan dan sanubari saya.
Ketika di asrama dulu, saya dikenali seorang pelajar yang agak pendiam, tapi suka bersukan. Secara akademik, saya tiada masalah kerana sering mendapat kedudukan yang baik dalam kelas.


Saya mempunyai seorang teman baik ketika di asrama. Dia tua setahun daripada saya dan berada dalam tingkatan yang berbeza. Sikapnya yang baik membuatkan saya suka berkawan dengannya.



Pada awal perkenalan, saya tidak melihat apa-apa yang meragukan mengenai dia, namun selepas berkawan selama setengah tahun, saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.


Walaupun, saya tidak selesa dengan persahabatan kami, tapi saya teruskan juga memandangkan dia juga pelajar yang baik. Perasaan ragu-ragu saya terhadapnya menjadi kenyataan apabila berlaku peristiwa hitam itu. Kawan baik meliwat saya.

Jujurnya, saya tidak merelakan perbuatan itu, tapi saya juga tidak membantah.
Ketika itu, saya tidak mempunyai keberanian menolak perbuatannya. Saya pun hairan kenapa boleh merelakan saja dia memperlakukan perkara itu kepada saya.

Selepas kejadian itu, saya terus menjauhkan diri daripadanya. Kami menjadi semakin renggang dan akhirnya persahabatan kami putus. Saya tidak lagi menghubungi dia sehinggalah kini.

Sekarang saya amat menyesal atas apa yang berlaku sehingga peristiwa itu sering mengganggu pemikiran saya. Apa yang saya perlu buat untuk menghilang�kan pemikiran itu. Hmetro.

JEJAKA BINGUNG,
Selangor.



2 comments:

  1. dok kat asrama samada jantan atau pompuan, benda ni dah berlaku, sedang berlaku & pasti akan berlaku.

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..