Friday, December 28, 2012

Kesian !!! Terpaksa Tinggal Ibu dalam Van selama 16 Jam, kerana Hospital sesak.

Gambar Hiasan
Seorang peniaga, Abdul Malek Abdul Syukor mendakwa ibunya, Zaiton Abdullah, 74 terpaksa ditinggalkan dalam van di sebuah surau di Gong Pauh di Kemaman lebih 16 jam kerana usaha menempatkan ibunya di Hospital Kemaman gagal kerana keadaan terlalu sesak.

"Pukul 11 malam semalam, rumah saya di Taman Sri Pandan dinaiki air lalu saya bercadang menghantar ibu saya yang uzur kerana menghidap sakit lutut, kencing manis dan darah tinggi ke hospital kerana beliau tidak boleh berjalan mengharung air ke pusat pemindahan.


"Tambahan pula, beliau menggunakan lampin pakai buang dan memerlukan perhatian dari petugas kesihatan, namun saya kecewa kerana hospital enggan menerimanya," katanya.

Sementara itu, di Kemaman seorang wanita yang sedang dalam berpantang terpaksa mengharung air dan menaiki lori untuk menyelamatkan diri bersama suami dan lima anaknya apabila rumahnya di Bandar Baru Bukit Mentok dinaiki air kelmarin.

Norani Turimin, 38 tahun, yang baru melahirkan anak kelima, lapan hari lalu berkata beliau tidak menduga kawasan perumahan itu dilanda banjir dan hanya sempat menyelamatkan barangan elektrik yang dipindahkan ke tempat tinggi lebih awal.

"Dalam keadaan sakit, saya terpaksa mengharung air dan menaiki lori dalam keadaan gelap untuk pergi ke pusat pemindahan dan ini pengalaman yang tidak akan saya lupakan.

"Walaupun tak boleh menjalani proses berpantang seperti biasa, saya bersyukur kerana bayi saya selamat dan berharap banjir cepat pulih untuk kami kembali ke rumah," katanya yang kini tinggal sementara di pejabat suaminya Hanafi Ramlan yang bekerja dis ebuah syarikat swasta di Air Putih dekat Kemaman.
- Bernama

2 comments:

  1. aku pun kesian..tunggu sampai 2 jam pun gelisah,,

    ReplyDelete
  2. hospital sekarang ni dah jadi macam sardin pesakitnya.
    hari biasa pun penuh lagi sesak inikan pila musim bencana begini.. kesian rakyat jelata

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..