Pakatan pembangkang akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja ia berkuasa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak baik dengan mereka atau yang mereka rasa tidak baik dengan mereka.
Berucap di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, terdapat
desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri.
Bekas perdana menteri itu berkata, ada yang mengatakan beliau harus meninggalkan Malaysia sebelum keputusan pilihan raya diumumkan.
"Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas.
"Tetapi saya tidak fikir mereka akan berbuat demikian. Pembangkang adalah orang baik. Mereka mungkin menangkap orang dan mendakwa mereka."
Mahathir secara berseloroh berkata, beliau gembira Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi wujud dan bahawa Pakatan, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika ia berkuasa.
"Tanpa ISA, saya berasa lebih selesa," katanya. Malaysiakini
saya rasa tak sempat nak tangkap. bila dia dengar berita pr menang dia terus kojol kene heart attack...
ReplyDeleteDARIPADA KATA2 TUN, TERANG LAGI NYATA BAHAWA PRU 13 BAKAL JADI MILIK PAKATAN RAKYAT.
ReplyDeleteTUN DALAM SITUASI YG SANGAT2 MENGGELABAH KERANA DIA SEDAR BAHAWA NASIBNYA AKAN SAMA SEPERTI PEMIMPIN2 ZALIM YG TELAH DIHUKUM OLEH RAKYAT. KATA2 SEBEGINI TIDAK MUNGKIN TERHAMBUR DARI MULUTNYA JIKA DIA TIDAK BERSALAH KPD RAKYAT. TERMAKBULNYA
DOA USTAZ FADZIL NOR DAN BAKAL DISAKSIKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA. MUDAH2AN IANYA MENJADI IKTIBAR KEPADA SELURUH PEMIMPIN YG BAKAL DIPILIH DALAM PRU 13 NANTI.
tak perlu isa... menang nanti ramai yang sedia jadi saksi nak dakwa kome ni... hahaha... jangan risau.. kalau kerajaan baru nak guna isa, kami yang akan bantah...
ReplyDeletetapi... korang... dah ready ngan loyar-loyar hebat ke nanti?
apa nk risau tm, msh ramai golongan muda kelat yg msh menjadi tm sebagai idola mereka. Benih yg disemai tm msh kukuh dlm benak dia org. Ssh nk sedarkn puak ini!
ReplyDeletebetuil tu..ada segelintir anak muda masih dgn bn
ReplyDeleteUntuk senangkan kerja dan tak buang duit rakyat,pulangkan balik duit rakyat dan negara yang dah dikebas. Lepas tu boleh kawtim dengan kerajaan Pakatan untuk pilih penjara mana nak relek.
ReplyDeletetun madey lu toksah takut lu antara pm paling bersih/telus/amanah/ihklas/baik xkejam malah sama taraf ngn malaikat..xda sebab orang nak sumbat lu dalam penjara..atau lu risau sbb lu bukan jenis yg macam gua cakap..kah.kah.kah..hik.hik.hik..
ReplyDeleteai... sendiri geng buat, kate pembangkang lak.
ReplyDeleteni lah yg terjadi skarang ni. BN yg da takut mcm2, main tangkap je la. xde sbb kukuh pun, tangkap.
alih alih, kate pembangkang lak nak wat gtu kalu takeover putrajaya. mamak ni mmg putar alam.
Biarlah kat dia nak kata apa pon. Cukuplah Allah sebagai pembalas yg adil terhadap apa yg telah beliau usahakan/dilakukannya. Skrg ni pon hidup Dr M ni bukan tenang pon.. Wajahnya telah menggambarkan segalanya, Dia diHantui oleh kemungkaran yg dia sendiri dilakukan nya . Itulah balasan awal yg di terimanya dari Pencipta.
ReplyDelete