Wednesday, January 16, 2013

Gempar : Ular Hitam tunggu Mayat.jom baca

Gempar : Ular Hitam tunggu Mayat [kisah benar]

Oleh: abuluqman

"

Sesiapa yang masih lagi ingat solat itu tak penting...... masih lagi leka dan lalai.... kejap kerjakan.... kejap tidak...... maka saya paparkan kisah benar ini untuk tatapan kita bersama..... semuga ianya memberi pengajaran kepada kita........maaf posting yang asal..terpadam..

Insya'Allah........

Kisah ular hitam menunggu mayat. (Kisah Benar)


Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah.. Kisah Benar…, kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukan yang datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia.

Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. yg lain hilang..



Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ

Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ulartersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit  dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita  itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk  meluru ke dalam kubur wanita itu.  

MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). 

Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah  itu … 
Subhanallah. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsanmelihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solatnya. 

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. 

Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..Nukilan Abu Luqman Sila Klik Like sini tambah ahli

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..