AWIE
PETALING JAYA: Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baharu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi.
“Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.
“Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh,” katanya ketika dihubungimStar Online di sini, Rabu.
Awie berkata demikian sebagai mengulas laporan beberapa portal susulan perasaan tidak puas hatinya dengan pihak media yang bertanyakan perkara tersebut semasa malam gala filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dekat sini malam Selasa lalu.
Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti.
“Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?
“Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?” jelasnya dalam nada kesal.
Tambahnya, perniagaan pusat hiburan bukanlah sesuatu yang baharu dan sudah ramai ahli perniagaan Melayu lain turut menjalankan perniagaan berasaskan hiburan seperti itu.
“Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.
“Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?
“Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?” soalnya yang berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.
Sementara itu, mengenai watak Husin dalam filem sekuel kepada Hantu Kak Limah Balik Rumah yang dilakonkannya itu Awie berkata, komitmen pada kali ini adalah lebih mencabar kerana dia perlu menterjemahkan Husin yang berada dalam kedukaan selepas diisytiharkan muflis.
“Penceritaan filem kali ini lebih bersahaja tetapi berat. Watak Husin tidak jauh berbeza berbanding filem pertama Hantu Kak Limah Balik Rumah sebelum ini.Klik untuk explore banyak cite lagi.
“Cuma pada kali ini dia kurang ceria kerana berada dalam keadaan murung dan bersedih selepas diisytiharkan muflis,” katanya yang baharu menamatkan penggambaran filemZombie Kilang Bisku. Mstar
Baru tahu apa pekerjaannya.
ReplyDeleteKalu tak tau cara nak buat nasik lemak, belajar le cara nak membuatnya.
ReplyDeleteBodo punya statement.
apa kerja pun yang kita pilih, kita kena fikir halal haram. sebab tu tuhan bagi kita otak.
ReplyDeleteKalau orang lain makan taik, tak kan kita pun nak makan taik jugak.
ReplyDeleteTapi kalau nak makan taik jugak, kita no komen....
Ayahanda, ayahanda... Jom B O I K O T
ReplyDeleteInilah padahnya meletakkan duniawi
ReplyDeletediatas kepala!Ayahanda yang menteliti
tahap LEMBU!
Bertaubatlah sblum terlambat
ReplyDeleteMemang Islam menggalakkan umatnya melibatkan diri dalam perniagaan. Namun perniagaan yang jelas halal dan berkat bukannya terang-terang ada unsur-unsur haram. Banyak peluang perniagaan lain yang ada hanya kita perlu berusaha.
ReplyDeleteKita dilahirkan di dunia untuk diuji olehNya untuk kehidupan kekal di alam akhirat. Ingatlah apa yang kita semai di dunia akan dibalas olehNya di sana.
Sebagai selebriti anda mempunyai tanggungjawab yang lebih untuk menunjukkan tingkah laku yang baik.
Sekadar berkongsi.
pi lah siasat dulu
ReplyDeleteBukak2.. Jgn tak bukak... Mati MUNGKIN lambat lagi... Itu pon kalau SEMPAT bertaubat... BODOH SOMBONG punya AWIE... Heheheeee.
ReplyDeleteBaca betul-betul " Di luar sana lebih ramai 'ORANG MELAYU' buka kelab dan pusat hiburan". Dia kata orang melayu bukan orang islam.Tak semua orang arab ber ugama islam.
ReplyDeleteagak2 apa komen fatul lari ye..kita tungguuu...
ReplyDeleteAwie kata hidup dan mati dia dan keluarganya, ditangan dia(Awie)
ReplyDeleteHebat syiokk...hidup dan mati pun dia boleh tentukan.
Tulah kalau dah byk sgt minum benda haram...bercakap pun dah macam Haram jadah.
Tapi bagi puak UMNO..ok je..selagi Awie sokong UMNO..buatlah ape keje pun...
Apepun semoga Allah memberi hidayah.