Friday, February 15, 2013

PRU13: Asri umum pendirian menjelang akhir Feb


SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui perbincangan sedang diadakan berkaitan dengan soal bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan akan membuat pendirian menjelang akhir bulan ini.


"Perbincangan memang ada... dalam tempoh satu dua minggu ini, saya akan beritahu," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Bagaimanapun beliau yang pulang ke tanah air dari Jordan lewat petang kelmarin enggan menyebut parti politik yang 'merisik' agar bertanding pada PRU13.

"Saya tidak boleh kata apa-apa lagi, tunggu seminggu dua lagi..." kata beliau yang turut ditanya tentang negeri dan bahagian pilihan raya yang ditawarkan.

Menerusi Twitter tengah hari semalam, Asri menulis, "alhamdulillah, di rumah saya banyak kerusi yang saya boleh mendudukinya tanpa sebarang saingan melainkan sakit dan maut."

Sebelum mesej itu, Asri juga menulis "media yang lapor saya bertanding tu, dah tanya saya sendiri ke?"

Semalam, Sinar Harian membawa laporan bahawa di sebalik demam PRU13 yang semakin dirasai, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya disebut-sebut antara ulama yang bakal diturunkan dalam gelanggang pilihan raya kali ini, yang dilabel sebagai ‘ibu kepada segala pilihan raya’.

Nama beliau mula menjadi sebutan dalam senarai bakal calon PRU13, yang turut merangkumi nama Asri.

Sinar Harian difahamkan, Asri dan Juanda sudah didampingi semula beberapa parti, dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk bertanding kali ini kerana dilihat sebagai calon ‘boleh menang’ kerana memiliki karisma sebagai personaliti yang berlatarbelakangkan agama.

Nama Asri, yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia, sudah pun menjadi sebutan sejak lebih setahun lalu dan beliau telah beberapa kali menafikan akan menyertai parti politik.

Asri disebut-sebut akan bertanding di Pulau Pinang manakala Juanda, anak kelahiran Sarawak, dipercayai akan diletakkan di Perlis.

PRU13 disebut-sebut akan diadakan akhir Mac atau awal April ini.

Mandat Kerajaan Pusat akan berakhir penghujung April. Jika Parlimen Sinar

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..