Friday, February 8, 2013

Terkejut besar Najib : Kumpulan mahasiswa umum cabar Najib di Pekan

Kumpulan mahasiswa dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa PRU13 mengumumkan akan menurunkan calon bertanding di parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, pengerusi kumpulan siswa tersebut Syis Abdul Kadir berkata calon mereka itu akan diumumkan sebaik sahaja perdana menteri mengumumkan tarikh pilihan raya.


NONEMereka kini sedang menimbangkan beberapa orang daripada kalangan mereka untuk berdepan presiden Umno itu dalam pertandingan satu lawan satu, katanya.

Tambahnya, tindakan bertanding di kawasan kubu kuat perdana menteri itu bagi menunjukkan sentimen mahasiswa yang didakwa menolak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Syis berkata, kumpulan mahasiswa dengan kekuatan jentera seramai 500 orang itu akan berkempen dengan membawa isu melibatkan golongan pelajar.

"Isu mahasiswa bukan sekadar isu mahasiswa sahaja - isu pendidikan percuma, isu PTPTN, yang menjadi penjamin itu adalah ibu dan ayah (yang bukan mahasiswa).

"Isu mahasiswa juga adalah isu rakyat sebenarnya," kata Syis yang menambah, kempen tersebut akan dimulakan dengan program 'Mahasiswa Turun Pekan' bermula 11 hingga 17 Februari depan untuk "mendekati dan memahami jerih perih kehidupan rakyat".

Sidang media pagi tadi turut disokong beberapa gerakan mahasiswa lain antaranya Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI), serta persatuan mahasiswa Islam dari Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.

Hujung tahun lepas, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan bahawa mahasiswa dibenarkan bertanding bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya ia dibuat untuk mengiktiraf fungsi, sumbangan serta kematangan pemikiran mahasiswa dalam negara. malaysiakini.. Jom Klik Like Di Kempen ..Fan Page Orang Kampung

6 comments:

  1. buatla apa yang patut pak najib..oii

    ReplyDelete
  2. 1. pertandingan satu lawan satu - pkr/pas dah setuju/tarik diri?

    2. lawan presiden umno/pm m'sia tu - kena pakai banyak duit tu...david vs golliath?

    ReplyDelete
  3. Tapi PM kata budak budak ni..kacang jer.

    ReplyDelete
  4. LAWAN TETAP LAWAN WALAUPUN KENA LENYEK DI NAJIB NANTI

    ReplyDelete
  5. jadi kaya lepas tukar broadband ke wifi? lihat berita gembar ini cepat sebelum web ditutup.

    ReplyDelete
  6. Apa yg merisaukan penglibatan mereka akan mengganggu jumlah undi utk pakatan rakyat.

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..