Monday, March 25, 2013

Betul Ke Ramalan Tun DAIM. Ni ?.. Berkuburlah BN kali ni ?



Jangkaan terbaru Daim Zainuddin.. Hanya 3 negeri sahaja BN selamat. ramalan je..

Pada 2007 Daim jangka 4 negeri BN akan tumbang pada PRU 2008 iaitu Selagor, Perak, Kedah, Penang dan Pas kekal di Kelantan.  Sumber..FB.Jkkk Fan Club/Dungun
Gambar Terbaik Dari ABu Luqman..sila KLIK FAN PAGE ORANG  kAMPUNG UNTUK MAKLUMAT TERKINI


BN perlu sedikit sahaja undi atas pagar, kata Daim


Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata BN hanya memerlukan sedikit sokongan daripada pengundi atas pagar sekiranya seluruh ahli Umno, MIC dan MCA menyokong parti tersebut dalam pilihan raya umum ke-13.

Beliau memberi alasan, jumlah anggota Umno, MIC dan MCA, seramai kira-kira 4.9 juta, merangkumi hampir separuh daripada pengundi.

"Sekarang anda hanya perlu sedikit sokongan daripada golongan atas pagar, maka anda berpeluang untuk menang," katanya dalam wawancara berkenaan
.
Bekas orang kanan dalam pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad itu pada tahun 2007 meramalkan bahawa BN akan kehilangan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dalam pilihan raya 2008.

BN dalam pilihan raya Mac 2008 turut tewas di negeri Perak dan kehilangan majoriti dua pertiga.
Mengulas lanjut Daim juga berpendapat bahawa BN perlu meletakkan calon yang bersih dan mewujudkan perpaduan dalam gabungan itu sebelum jika ia mahu terus menang dalam pilihan raya.

Menurutnya, beliau percaya Datuk Seri Najib Razak perlu terus diberikan peluang memenangi pilihan raya umum dan sokongannya itu tertakluk kepada beberapa syarat.

"Saya akan terus menyokong Najib, tetapi beliau mesti memerangi rasuah dan jenayah, mengukuhkan keselamatan negara dan mengkaji sistem pendidikan," katanya.

Dalam wawancara sama, beliau turut membandingkan parti DAP dengan parti PAP di Singapura.

"PAP lebih cerdik, dan lebih berkira-kira, pendekatan mereka lebih berhemah. DAP sebenarnya sebuah parti Cina.

"Ia bukan parti pelbagai kaum. Ia bersifat cauvinistik tetapi mendakwa sebagai Malaysian Malaysia," katanya.

Beliau turut mengulas mengenai parti PKR, yang menurutnyna dipimpin secara solo oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Parti yang dianggap lahir dari "jalanan" itu juga akan kembali ke jalan sama, kata Daim.
"Jadi ia akan kembali ke jalanan. Itulah budayanya.

"Justeru, kita dapat saksikan demonstrasi di jalan raya yang dianjurkan atau disokong oleh mereka," katanya..MAlaysiakini..24/3/13



10 comments:

  1. ramalan..kadang kadang betul.kdg tidak

    ReplyDelete
  2. semua tu perang saraf supaya PR berada selesa..x pyh le nk ramal2 Daim..kalau lu berak keluar emas.. boleh la sembang..kalau keluar taik mcm yg lain2..baik diam.. perangcangan/ketentuan Allah SWT lebih tepat...

    ReplyDelete
  3. Sebagai ingatan shj.: Seeloknya jangan percaya dgn RAMALAN, sbb tanpa kita sedari boleh membawa kpd SYIRIK,yg penting PR kena bekerja lebih keras lagi utk mendapat kemenangan MUKTAMAD.

    ReplyDelete
  4. My 2 cents worth....dari analisis saya, PR akan memerintah Penang, Perak, Selangor dan Kelantan. Kedah 50/50. BN akan terus memerintah dng rakus sekali tetapi hilang majoriti...Hanya Allah SWT yg dapat mengalahkan pemerintah yg zalim..nabi Musa..Nabi Luth..Nabi Ibrahim dll..semua Allah yg menjatuhkan raja2 dan kerajaan zalim zaman itu. Jgn bandingkan kita dng negara arab skrg kerana org melayu ni jauh beza sifatnya dng mereka. Majoriti org melayu sudah rasa selesa sgt dng kehidupan skrg walaupun mereka miskin...itu sebab berat sekali puak2 ni nak perubahan..hanya segelintir sahaja yg mahu berubah...lagi pula UMNPORNO ni tidak ikut undang2 dan hukum..mereka tidak pedulikan soal kubur atau akhirat...justeru kita kena terus berdoa memohon bantuan Allah SWT semoga ada antara kita yg Allah akan makbulkan. Saya berdoa semoga Allah mengampunkan dosa2 saya ini.Wallahuallam.

    ReplyDelete
  5. Pandangan Daim BN memerlukan sedikit saja sokongan pengundi atas pagar kerana BN ada 4.9 juta ahli menampakkan beliau tidak mengikuti perkembangan politik semasa.Pertama, betulkah Umno, MCA, MIC masih ada ahli seramai itu? Atas kertas memanglah kerana nama2 ahli yang dah lama meninggalkan parti2 itu masih kekal dalam senarai.Umno bolehlah dikira beruntung kalau ada 1 juta ahli2 yang masih kekal. MCA lagi teruk, hampir 80% orang2 Cina benci kepada parti tersebut. Begitu juga dengan MIC. Kedua, Yang dikategorikan pengudi atas pagar sebenarnya tidak wujud lagi.Mereka yang mengaku atas pagar sebenarnya adalah penyokong Pakatan yang bimbang akan diapa2kan oleh ketua2 jabatan yang rata2 merupakan balaci Umno.

    ReplyDelete
  6. Salam....mohon rakyat Msia yg masih ada rasa cinta pada AGAMA BANGSA & NEGARAnya...mohon ke blog...novandri.blogspot.com....(tajuk..guan eng telefon 35x)..Dengar video suara tsebut....hayati dgn hati & minda yg terbuka...tolak fahaman politik masing2...Semoga kita sama2 insaf...demi jihad kita yg x seberapa ini...satu2nya hanya pd ALLAH SWT.....Semoga kita dijauhkan dr keegoan diri sendiri....yg kesannya akan ditanggung oleh anak cucu kita kelak... Wasallam...

    ReplyDelete
  7. PRU 13 sebenarnya " Perang Gerila " buat umno. Ini berikutan pada PRU 12 adanya campor tangan luar dari pengurusan umno ( mungkin bekas pemimpin umno) untuk menekan Peresiden UMNO sendiri. Maka kekalahan umno nampak begitu teruk sekali. Selepas peresiden di paksa berundur dan di letakan sebagai AHLI PARLIMEN BIASA , maruah pemimpin umno sebenarnya tercalar dan tercabar. Tetapi kerana ketagihan kuasa maka ahli umno terpaksa menelan segala kepahitan itu.

    http://relaxkedaikopi.blogspot.com/2013/03/pru13-perang-gerila-buat-umno.html

    ReplyDelete
  8. XKIRA LE 3 NEGERI SELAMAT KE ATAU APA PUN YG AKU INGIN SANGAT NAK TENGOK UMNO/BN NIE BUNGKUS PRU 13 DAN PARA PEMIMPINNYA DISERET KE MAHKAMAH,DIBICARAKAN,DIPENJARAKAN ATAU DIHUKUM MATI DIKHALAYAK RAMAI SEBAGAI PENGAJARAN KPD PEMIMPIN AKAN DATANG SUPAYA JANGAN CURANG/PENGKHIANAT.

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..