SPR kaji cadangan teks khutbah khas berkaitan p'raya
Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) akan mengkaji cadangan supaya diadakan teks khutbah
khas berkaitan pilihan raya untuk dibacakan di semua masjid seluruh
negara pada Jumaat terakhir sebelum hari pengundian bagi pilihan raya
umum (PRU) ke-13 nanti.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata teks khutbah khas tersebut hanya menerangkan proses pilihan raya dari SPR dan nasihat kepada pengundi menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya tersebut.
"Khutbah khas ini berbentuk nasihat, bukannya untuk kempen bagi menyebelahi mana-mana parti, ia hanya memberi penerangan apa yang patut dibuat oleh pengundi pada hari mengundi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan badan bukan kerajaan (NGO) di Jabatan Penyiaran Negeri Kelantan semalam.
Abdul Aziz (kiri) berkata cadangan untuk mengadakan teks khutbah khas itu disuarakan wakil NGO terbabit yang mendakwa pada pilihan raya lalu terdapat di kalangan imam atau khatib yang mengambil kesempatan berkempen bagi sesuatu parti politik yang bertanding melalui khutbah Jumaat yang dibacanya.
Beliau berkata mengadakan teks khutbah khas Jumaat untuk dibacakan khatib atau imam di seluruh negara bukan perkara ganjil kerana selama ini sudah ada amalan menyampaikan teks khutbah berkaitan jenayah, dadah dan isu rakyat Palestin.
"Kita akan bincang dahulu di peringkat panel SPR dan jika mereka bersetuju untuk melaksanakan khutbah khas ini, kita akan berhubung dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri masing-masing agar memberi kerjasama kerana perkara berkaitan agama ini di bawah bidang kuasa mereka," katanya.
Abdul Aziz juga berkata sehingga semalam, seramai 4,084 rakyat Malaysia yang menetap di luar negara dan berdaftar sebagai pemilih, telah memohon untuk mengundi secara pos pada PRU-13 nanti.
Beliau berkata permohonan tersebut dibuka sejak 21 Januari lepas dan rakyat Malaysia berkenaan diberi tempoh sehingga hari pembubaran Parlimen untuk memohon mengundi secara pos pada pilihan raya itu.
Katanya rakyat Malaysia yang tinggal di Selatan Thailand, Singapura, Brunei dan Kalimantan tidak layak memohon mengundi melalui pos dan perlu balik mengundi pada hari pengundian dijalankan.
Mengenai cadangan dari NGO terbabit supaya pengiktirafan tidak diberikan kepada parti-parti politik yang membuat pakatan longgar dan tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan bagi mendapatkan majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan dalam sesuatu pilihan raya, Abdul Aziz berkata beliau akan meneliti perkara tersebut kerana ia berkaitan dengan undang-undang.
- Bernama

apa yg kau melalut SPR..x faham tugas ka..yg nk menyibuk hal2 khutbah knpa ? 8 tuntutan bersih dh buat ke blm ? jgn jadi barua..apa istilah barua = talibarut..masa inggeris memerintah Malaya..hukuman pd talibarut/barua adalah matiii... ingat tu !!!!
ReplyDeletemamat ni nak gunakan saluran agama pulak dah.... apa sai? dah tak berkesan lagi kah tv dan media yang hangpa ada tu...lepas ni jawab nya tidur lagi la jemaah jumaat... hari ni kat wp kl khutbah pasal kebersihan bilik air dan tempat wuduk..bukannya tak boleh, tapi rasanya kurang sesuai. banyak lagi topik yg penting seperti soal solat, keimanan dan soal mati.
ReplyDeletebro Aziz, lu ni menganut fahaman pluralism ke? dalam soal amanah dan keadilan penguasa lu tak peduli pun apa yg diajar oleh Islam...tup tup mai soal ni sibuk pulak nak gunakan platform ugama...bertaubat bro, sebelum nyawa sampai dihalkum...