Gambar Bala Membuat Kunjungan Hormat Ke Rumah TG Nik Aziz
March 2, 2013..jom KLIK FAN PAGE ..Orang Kampung untuk maklumat terkini...
YAB. Tuan Guru menerima kunjungan saudara Bala di Pulau Melaka kediamannya pada pagi tadi dan sempat bersarapan bersama di Rumah tuan Guru Nik Aziz..
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menjadi promoter membawa penyiasatan persendirian Balasuberamaniam a/l Perumal memaklumkan majlis talk show #Tanya Bala "Siapa Arah Bunuh Altantuya" siri kedua yang berlangsung di Bachok malam tadi dihadiri kira-kira 10 ribu orang.
Menurut satu kenyatan SAMM walaupun Talkshow PI Bala berlangsung di daerah Bachok, Kelantan, namun mereka yang hadir bukan sahaja dari sekitar pelusuk negeri Kelantan, malah kehadiran 10 ribu yang memenuhi padang di Kompleks Pendidikan Islam Kg Badak adalah termasuk pengunjung dari negeri jiran, Terengganu.
Menurut kenyataan itu kehadiran yang besar di Bachok ini menjadi bukti betapa isu pembunuhan wanita Monggolia yang berkait rapat dengan rasuah penyelewengan pembelian Scorpene, masih menjadi perhatian utama rakyat.
Bala percaya, beliau mampu memberi tekanan besar kepada Najib dan Rosmah melalui pendedahan pelbagai peringkat yang dibuatnya.

Lebih
istimewa kata kenyataan itu yang di e-mailkan ke blog Merah Tinta, program malam tadi menyaksikan pertemuan Bala dengan Tokguru Nik Aziz bagi mendapat restu dan pedoman untuk meneruskan niat
murni beliau untuk melihat negara ini dibebaskan dari cengkaman Barisan
Nasional dan seterusnya memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk
mentadbir Malaysia.
Bala percaya, beliau mampu memberi tekanan besar kepada Najib dan Rosmah melalui pendedahan pelbagai peringkat yang dibuatnya.
"Kami yakin dan percaya sebahagian besar rakyat negara ini mengikuti
perjalanan kes pembunuhan misteri Altantuya dan rasuah Scorpene secara
serius. Kerana itu juga kehadiran Bala sangatlah dinantikan dan
peluang untuk bersama Bala sambil menghirup 'first hand information' tidak boleh dilepaskan," kata kenyataan itu.
Tegas kenyataan itu lagi, SAMM pimpinan Badrul Hisham Shahrin itu akan terus menjelajah ke seluruh negara membawa aksi demi
aksi dengan pelbagai format Talkshow bersama PI Bala.
Episod ketiga Talkshow #TanyaBala, akan turun ke Johor pada tarikh 6 Mac, lokasinya di Parit Sulong, Batu Pahat akan dikendalikan oleh SAMM Johor dengan kerjasama warga tempatan. Manakala episod ke-4 pula SAMM akan membawa Bala terbang ke negeri Sabah pada tanggal 9 Mac 2013.

Tambah kenyataan itu lagi, SAMM
dalam rangka menyusun fasa seterusnya untuk membawa Bala ke seluruh
pelusuk negara dan juga meneruskan fasa kedua #AmaranPRU. SAMM juga
mengalu-alukan sebarang sumbangan bantuan untuk program dan gerakan anak
muda. [wm.kl.7:23 pm 02/03/13]
BALA pun mai jumps tuan guru...
ReplyDeletetok guru auta ni,dia pecaya sumpah hiondu ng sumpah orang islam,
ReplyDeletehello bro, Islam galakkan buat solat hajat dan bukannya buat sumpah yang puak puak umno suka tu. bala buat sumpah sebab nak penuhi keperluan undang undang, tapi yg si saiful dan thambi kecik tu buat sumpah kat masjid tu untuk apa? hang dan umno memang jenis suka melawan Islam. maklumlah menganut fahaman pluralism cara mazhab melayu......hu..hu..hu...sedihnya aku...
DeleteBALA hentam Najib
ReplyDeleteNALA hentam Anwar
yang mana antara keduanya boleh dipercayai