PRU13: Selangor negeri 'paling panas', kata SPR
29 Mac 2013
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengibaratkan Selangor sebagai 'pemenang pingat emas' Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), antara lain kerana dilihat sebagai negeri "paling panas" kali ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Selangor juga akan menjadi negeri paling panas berikutan perkembangan yang disaksikan sejak kebelakangan ini.
Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR), sejak Mac 2008, ini sering menjadi tumpuan media.
Abdul Aziz berkata, Selangor diperuntukkan hampir 10 peratus atau RM35 juta daripada RM400 juta bajet keseluruhan, bagi mengendalikan pilihan raya umum negeri itu.
Dari segi jumlah pengundi pula, 2,051,708 daripada 13,291,385 pengundi berada di Selangor.
"... Selangor akan dikawal oleh ramai pihak penguat kuasa, ini satu lagi yang mendapat pingat emas. Selangor akan menjadi fokus media, semua yang kita lakukan akan menjadi tumpuan umum.
"Kawasan ini akan menjadi persaingan pelbagai penjuru oleh Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang akan terus (cuba) mengekalkan kuasa pemerintahan mereka," kata beliau pada majlis penyerahan surat watikah pelantikan kepada pegawai pengurus pilihan raya Selangor di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, sejak beliau menjadi Pengerusi SPR, pelbagai perkara diperkenalkan buat pertama kali.
Pada PRU13 ini pertama kalinya akan menggunakan dakwat kekal, undi pos untuk warganegara yang menetap di luar negara, akses media berkaitan penyiaran manifesto, dan sebagainya.
hello pengerusi spr, rm400 juta tu terlalu banyak untuk satu pilihanraya. Ingat bro, setiap sen duit negara akan dihisab kelak oleh Allah. Bro sebagai ketua kpd spr ini adalah bertanggung jawab sepenuhnya ke atas jumlah tersebut. Sila pastikan setiap petugas spr tidak membuat tuntutan yg bukan haknya. Juga kena pastikan bahawa duit tersebut tidak disalahgunakan kpd parti politik terutamanya umno...yg bertuhankan duit. Bro boleh bagi seribu jawapan tapi niat kami hanya untuk memberi peringatan. Kami tidak mahu saudara kami terseret ke neraka kerana duit tersebut. Ambillah iktibar dari kisah khalifah umar abd aziz.....
ReplyDeleteDah bersih pengundi hantu dan pengun di import dari Sabah ke belum? Negeri ini jadi panas sebab ada pengundi Indon, Bangla, Myanmar, Kemboja, Sulu,Pakistan. Umno pelbagai bangsa ,tu yg jadi panas. Yg import dari IC projek Sabah pun ramai.Nasib malang org melayu!!!
ReplyDeleteHarap pengerusi SPR jalankan tugas dgn amanah, jika menipu seperti yg berlaku di Sabah, rakyat tidak redho, dan tanggunglah dosa dari dunia sampai akhirat.Tolong bersihkan senarai pengundi hantu dan pengundi import.Ikut suara rakyat terbanyak, bukan ikut telunjuk satu, dua org yg ada kepentingan diri.Negara ini milik rakyat, bukan milik warga asing,atau milik pemimpin. Rakyat yg tentukan hala tuju negara.
ReplyDelete