Saturday, March 23, 2013

Lim Kit Siang Bertanding Guna Lambang PAS :..Apa dah jadi pada DAP ?


Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.

NONEDalam beberapa siri tulisan di Twitter, Lim berkata, walaupun tiada sebab untuk ROS mengantung pendaftaran DAP, tetapi kebimbangan terhadap "konspirasi" untuk mengelakkan partinya menggunakan lambang sendiri itu ada.


"(Jika berlaku), calon DAP akan bertanding sebagai bebas atau meminjam lambang PAS atau PKR.

"Jika BN salah guna kuasa (batalkan pendaftaran DAP), saya mungkin guna lambang PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat," tulisnya.

Lim mengulas gesaan bekas naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya ROS bertindak terhadap DAP kerana gagal mengadakan semula pemilihan partinya selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi.

NONEROS semalam dilaporkan menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan berhubung kesilapan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman (kanan) dilapor sebagai berkata, pihaknya telah menghantar notis memanggil seorang pemimpin tertinggi DAP baru-baru ini untuk memberi keterangan bagaimanapun beliau memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.

Menurut beliau, berikutan berlakunya kelewatan dalam proses mengambil keterangan, maka kerja-kerja siasatan turut tergantung selain melambatkan proses siasatan secara keseluruhannya. Malaysiakini..

Gambar Terbaik Dari ABu Luqman..sila KLIK FAN PAGE ORANG KAMPUNG UNTUK MAKLUMAT TERKINI

2 comments:

  1. kalau untuk menangkan Pr tak de masalah

    ReplyDelete
  2. GEORGE TOWN: DAP candidates will be contesting under a PKR or PAS banner if any steps are taken to de-register the party before nomination due to its recent party election foiled vote counting, said its national chairman Karpal Singh.

    “This is a cause of concern for DAP and we will be thrown into disarray because we cannot use our party's symbol to contest in the general election as we are now provisionally de-registered pending investigation,” said Karpal.

    Karpal said DAP will give their full co-operation to the Registrar of Societies (ROS) in their investigations over the party's controversial elections.

    However, he reiterated that all investigation has to be done fairly.“Every effort must be made by the ROS to ensure that the party is allowed to use its symbol in the upcoming general election.”

    PAS and PKR have agreed to allow DAP election candidates to run under their banner and parties.

    - Ir Arjuna Berkelana

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..