Thursday, March 14, 2013

Terhot Azmin Ali Ke SKKM HARI ini untuk siasatan Isu RCI Sabah..


Azmin ke SKMM hari ini untuk siasatan isu RCI Sabah.


KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali hari ini akan disoal siasat Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung isu Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) berkenaan pemberian kad pengenalan (IC) kepada warga asing di Sabah.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan pejabat Azmin awal pagi ini.

Beliau akan hadir bersama peguam ke Ibu Pejabat SKMM itu di Cyberjaya pada jam 2.00 petang.
Azmin dipanggil SKMM pada Jumaat lalu.
“Siasatan ke atasnya dalam isu RCI yang bersangkutan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pemberian IC kepada warga asing di Sabah,” kata kenyataan itu.
Satu sidang media dijangka akan dibuat sejurus selepas Azmin disoal siasat...

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..