Tuesday, April 2, 2013

Gempar : DAP Calunkan Blogger Sakmongkol Bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan , Bertanding !!!.

DAP calonkan bekas ketua penerangan Umno Pekan bertanding di Raub
DAP akan meletakkan Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz - bekas orang kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - sebagai calon bagi kerusi Parlimen Raub.


Ia diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu ceramah parti itu di Raub petang ini.



Mohd Ariff pernah menjadi ADUN Pulau Pemanis antara tahun 2004 dan 2008. Beliau pernah menjadi ketua penerangan Umno bahagian Pekan Umno yang diketuai oleh Najib.
Lebih dikenali dengan nama blog Sakmongkol AK47, Mohd Ariff telah menjadi blogger politik yang aktif dan kerap pengkritik pentadbiran Najib.

Beliau menyertai DAP pada Januari 2012, bersama dengan ahli veteran Umno, Aspan Alias.

Raub adalah kerusi majoriti pengundi Melayu yang kini diwakili Naib Presiden MCA, Datuk Dr Ng Yen Yen, yang menang dengan majoriti 2,752 undi. Memandangkan majoriti itu hanya 8.2 peratus daripada jumlah pengundian, maka Raub disenaraikan sebagai antara kerusi goyah BN.

Sementara itu, Lim juga mengumumkan bahawa DAP memilih Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, seorang kerabat diraja Pahang, sebagai calonnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Mentakab.

Tengku Zulpuri adalah seorang jurutera elektronik dan ahli perniagaan. Beliau menyertai DAP pada tahun 2000 dan kemudiannya dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Selayang.

Mentakab merupakan satu lagi kerusi majoriti pengundi Melayu yang kini diwakili Chuah Boon Siong dari MCA, yang memenangi dengan majoriti 2,439 undi majoriti, untuk menewaskan lawannya dari DAP.

Bersama dengan Zairil Khir Johari, kini sah DAP akan membariskan sekurang-kurangnya tiga ahli Melayu yang dilihat menonjol untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

3 comments:

  1. Yes..jangan jadi Lalang udah le..offer lompat terus

    ReplyDelete
  2. Slogan DAP adalah parti kaum Cina oleh UMNO mangkok ayun dah terbalik kuang. Syabas kepada kepimpinan DAP atas keputusan ini.
    Insyaallah! dengan pendekatan yang sebegini parti politik dalam PR, terbukti bukan sebagai parti politik kaum dan ianya berteraskan kepada SUNAH; iaitu menghurmati semua bangsa yang ada dimuka bumi ini kerana mereka semua adalah makhlok ciptaan ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  3. Harap tak jadi kodok lepas menang pru13 nanti...

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..