Friday, April 19, 2013

Jahanam BN Kali ini : Menanti Retak Yang Bakal Terbelah Je..Baca Je..


Kamilia tak dicalonkan, kecewa dengan 'penghinaan'
Timbalan ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim berkata beliau kecewa dengan “penghinaan” yang ditunjukkan apabila parti itu tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap
parti berkenaan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.
Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, katanya seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian.

Kamilia berkata, beliau menjangkakan untuk diletakkan sebagai calon di kerusi parlimen Kuala Kangsar, di bahagian Umno yang diketuainya.

Beliau beranggapan demikian memandangkan ketua sayap berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak lagi mahu diletakkan sebagai claon.

Kamilia juga berkata, ketua Wanita Umno negeri di Kedah, Johor dan Terengganu juga tidak diletakkan sebagai calon.

Senarai yang diumumkan BN juga tidak menamakan ketua Wanita Umno Selangor sebagai calon.

“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa.

“Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuang di tempat lain.

“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau buat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya.

Lebih ramai pemimpin BN protes isu calon
Lebih ramai pemimpin bahagian BN di Pulau Pinang menyatakan protes apabila digugurkan daripada senarai calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum 5 Mei.
Lebih ramai pemimpin bahagian BN di Pulau Pinang menyatakan protes apabila digugurkan daripada senarai calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Dua pemimpin BN – koordinator BN untuk Machang Bubuk Ooi Suan Hoe dari Gerakan dan ketua pemuda MIC Pulau Pinang J Dhinagaran – dikatakan sedang mempertimbangkan untuk meletak jawatan dari parti masing-masing dan bertanding sebagai bebas.

Satu sumber Umno menyebut, kawasan yang diterlibat termasuk Balik Pulau, Bayan Baru, Nibong Tebal, Permatang Pauh dan kawasan parlimen Tasek Gelugor.


Nota Apa kurangnya PAS kedah dan DAP ? kita kena ambil iktibar bersama...[ Apa pun PAS OK jangan boikot ]  

Klik SINI untuk Berita Menarik DI FB  Orang Kampung 


1 comment:

  1. bak kata ustaz azhar idrus, pempuan ni satu saja yg dia gagah....mulut..bila dah naik angin mcm mak cik lawyer ni...pintu lain pun sanggup dia pecahkan...dah kena mcm ni pun tak serik serik lagi. ubat pengasih apa yg umno gunakan!! nak tahu?????.....fulussssss

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..