Media Orang Kampung

Hidup Bagaikan Sebuah Bahtera , Mengharungi Lautan Luas , Bertemankan Badai disisi…..

Thursday, April 18, 2013

Pru 13 : Gambar Serta Berita Menarik yang di rahsiakan oleh BN ..Jom Layan..bro


Pemuda Siam Di Kg Tanah Merah Pedu Ceria Bersama PAS♥♥♥♥






Semoga Orang2 UMNO Berhijrah Meninggalkan Parti UMNO Yang Semakin Karam .Jangan Takut Hendak Melakukan Perubahan.Pilihan Di Tangan Anda.Pakatan Rakyat Semakin Kuat.Kuat Untuk Rakyat.

Kami akan pastikan calon BN tewas – Shariff Omar






TASEK GELUGOR: Mantan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar mengakui pengumuman muka baru sebagai calon Pilihanraya Umum ke-13 oleh Umno Pulau Pinang semalam boleh membawa kekalahan dan kehancuran Barisan Nasional (BN).
Beliau yang berbaju 'T' belang berseluar hitam ketika berucap di hadapan ribuan penyokong di pekarangan kediamanya di Pokok Machang, di sini malam tadi kelihatan kecewa.

Ini kerana beliau tidak disenaraikan sebagai calon BN menggantikan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang digugurkan sebaliknya memberikan mandat kepada Ketua Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahya, yang pernah mengalahnya ketika pemilihan Umno beberapa tahun lalu.
Shariff yang juga mantan Timbalan Menteri Pertanian menegaskan, kerusi tersebut sepatutnya menjadi miliknya semula setelah dipinjamkan atas saranan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menamakan Nor Mohamed Yakcop sebagai calon pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu.
"Kenapa janji tidak ditepati macam slogan BN. Nampak gayanya dah jadi capati. Apa kata kali ni kita koyak BN yang sengaja memilih individu yang tidak bekerja sebagai calon,” ujarnya.

"Keputusan yang diambil nanti bukan keputusan sendiri tapi atas sokongan hadirin malam ini. Kami akan pastikan calon BN tewas," tambahnya.

Untuk cite Baguih KLIK SINI Jadi Fan PAGE ORANG KAMPUNG 




Penulis Rindu at 11:35 AM
Share

2 comments:

  1. Penulis RinduApril 17, 2013 at 7:01 PM

    Terbaik..dari PR siam

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. UnknownApril 18, 2013 at 7:34 AM

    Teringt kata-kata Ahli Sejarah, bhw sesebuah tamadun jatuh dan runtuh apabila berlakunya kacau bilai dan pemberontakkan dalaman serta perebutan takhta sesama mereka. Inilah yang berlaku pada UMNO ketika ini. Penguasaan mereka hampir pasti akan berakhir dalmm PRU 13. Ini kalilah..

    http://tunhisyamudin.blogspot.com/2013/04/najib-perlu-malu-dengan-kenya.html ---:) mohon link, sahabat lama

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..

‹
›
Home
View web version

About Me

Penulis Rindu
View my complete profile
Powered by Blogger.