Program umum calon KEADILAN Selangor meriah macam pesta
Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 14 APRIL: Ribuan rakyat pelbagai lapisan kaum berhimpun di padang awam AU2 Keramat, Gombak untuk bersama-sama mendengar pengisytiharan -calon Dewan Undangan Negeri dan Parlimen KEADILAN Selangor.
KUALA LUMPUR 14 APRIL: Ribuan rakyat pelbagai lapisan kaum berhimpun di padang awam AU2 Keramat, Gombak untuk bersama-sama mendengar pengisytiharan -calon Dewan Undangan Negeri dan Parlimen KEADILAN Selangor.
Suasana seperti pesta demokrasi dengan kehadiran pelbagai bangsa dan kaum dari segenap lapisan umur dipercayai dari seluruh Lembah Klang.
Ada yang membawa keluarga termasuk anak kecil dan warga emas, masing-masing berminat untuk mengetahui bakal calon KEADILAN di satu-satunya negeri yang ditadbir KEADILAN.
Puluhan warung makanan dan gerai busana mengelilingi kawasan padang menjadikan tapak ceramah seperti ekspo perniagaan.
Penganjur program turut menyediakan tiga khemah besar dengan setiap satu mampu memuatkan 500 hadirin pada satu-satu masa.
Dua layar besar dengan sistem penata bunyi dilengkapkan dengan pentas berbentuk ‘T-shape’ seperti pentas catwalk untuk memperkenal calon KEADIAN Selangor.
Terdahulu, hadirin dihiburkan dengan klip video dari lagu pro-Reformasi, antaranya Panji Keadilan, Janji Dicapati, Reformasi dan lain-lain.
Penganjur, KEADILAN Selangor menjangka lebih 10,000 hadir pada pengumuman yang bakal dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..