Cubaan heret Azmin ke JK disiplin PKR
Seorang pemimpin Pemuda PKR (AMK) membuat aduan kepada jawatankuasa disiplin parti itu supaya terdapat tindakan diambil terhadap timbalan presidennya Azmin Ali kerana mengkritik secara terbuka Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
Ketua AMK Balik Pulau, Pulau Pinang, Mohd Faizal Ab Rahman berkata, tindakan itu amat tidak wajar dan perlu dipandang serius kerana menimbulkan polemik negatif berhubung isu dalaman parti.
"Menggunakan pentas/pejabat parti untuk sidang media mengkritik presiden parti adalah keterlaluan," surat aduannya bertarikh 11 Mei yang salinannya diperoleh Malaysiakini itu dipetik.
Ali pada 10 Mei lalu mengkritik kepimpinan parti kerana didakwa mengamalkan nepotisme atau pilih kasih dengan mengetepikan pandangan kepimpinan Selangor dalam menentukan calon menteri besar negeri itu.
Beliau berkata, Wan Azizah menyerahkan surat mencalonkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar tanpa persetujuan PKR negeri.
Khalid mengangkat sumpah sebagai menteri besar untuk penggal kedua di Klang semalam.

No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..