'Tak suka sistem p'raya, duduk dalam hutan'
Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor Datuk Seri Noh Omar menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung gesaan berpindah ke negara lain jika tidak puas hati dengan sistem pilihan raya sedia ada.
Noh (Atas ) yang menyifatkan pembangkang sebagai melampaui batas turut berkata, individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini sewajarnya "duduk di dalam hutan".
"Pembangkang nampaknya sudah melampaui batas dan tak hormati perlembagaan dan tatasusila. Saya secara peribadi menyokong penuh kenyataan Datuk Zahid.
"Hanya orang duduk dalam hutan.... Tak mahu ikut undang-undang, duduk dalam hutan," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas kepada menteri pertanian dan asas tani yang baru Datuk Seri Ismail Sabri.
Kesian pada Datuk NOH..tak dapat jadi menteri..sbb Selangor Kalah
ReplyDeleteKalau tak suka, sila tinggal di hutan?? Kah kah kah .. Kalau tinggal di hutan, SPR tak pakai undang-undang kot... lagi senang nak nipu
ReplyDelete