'PAS kalah bukan kerana pergeseran Azizan-Phahrolrazi'
Pengarah Pilihan raya PAS Kedah, Datuk Mohd Yusof berkata beliau "tidak nampak" punca kekalahan Pakatan Rakyat di negeri disebabkan wujudnya pergeseran antara Azizan-Phahrolrazi.
Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua pemimpin PAS itu mendapat majoriti yang tinggi dalam pilihan raya umum kali ini.
BN berjaya memenangi 21 kerusi untuk merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat yang mendapat 15 kerusi.
Bercakap dalam satu sidang akhbar, Mohd Yusof berkata antara analisis awal berhubung punca kekalahan Pakatan Rakyat di tujuh kerusi antaranya di DUN Tanjung Dawai, adalah mengenai pertambahan undi tentera sebanyak 6,000 di Tanjung Dawai.
Dakwanya, dahulunya undi tentera itu menjadi undi pos di Belantik dan kini kembali semula di Tanjung Dawai.
Manakala di DUN Ayer Hitam, faktor gerak kerja Datuk Mukhriz Mahathir yang "all out" untuk memberi cabaran sehingga menang dengan majoriti lebih 3,700 di DUN itu.
Selain itu, kekalahan PAS di DUN Kupang, Jeneri dan Bandar Baru antaranya disebabkan "masalah dalaman" termasuk tiada kata sepakat di kalangan pemimpin peringkat kawasan menyebabkan PAS tidak mendapat sokongan padu daripada akar umbi.
Kawasan lain yang gagal dipertahankan PAS ialah Bukit Lada dan Pantai Merdeka.
Selain itu, di kawasan tersebut juga kekurangan pengundi cina yang boleh membantu PAS dan Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi tersebut.
Mereka akan membuat post mortem untuk menentukan punca sebenar kekalahan parti itu.
"Kita menerima keputusan rakyat dengan hati terluka. Ini satu kekalahan yang menjadi panduan dan pedoman kita pada masa akan datang.
"Kita akan meneruskan perjuangan. Kekalahan sebenar dalam pilihan raya, tetapi kekalahan sebenar adalah lari dari perjuangan untuk menegakkan Islam bagi PAS dan tegakkan keadilan bagi parti lain (dalam Pakatan)," katanya.
"Kita terimanya dengan penuh rasa syukur kepada Allah," katanya lagi.
Menteri besar Datuk Seri Azizan tidak hadir sewaktu pengumuman tersebut.

Tg harun din, hj hadi,ust azizan,harun taib dan karpals singh mesti di pecat dari pas dan dap
ReplyDeleteSelepas ni kItA bermuhasabah Pada diri kItA..dan Parti..
ReplyDeleteBagi dekat orang lain plak jadi Pesuruhjaya... Kapla Gerakan dan BN pulau Pinang letak jawatan sebab Gerakan dan BN kalah di Peneng dia rasa bertanggungjawab... Tak tau plak aku kalau Kapla-kapla Pas di Kedah di brasa dia Maksum dan Tak Salah...
ReplyDeleteHadi bangun pagi buat satu keputasan. Esok lepas konkek bini lg satu buat lain punya keputusan. Semua keputusan celaru smpai menantu pun dpt pengaruhi dan kwn baik sekroni pun boleh tumpang sekaki. Pas terkenal dgn kerajaan 1semester shj
ReplyDeletePERTAMA: AHLI PAS & PKR JANGAN SALAHKAN SESIAPA, PERBETULKAN KESILAPAN YANG ADA DAN TERUS BERUSAHA DENGAN PENUH KEIKHLASAN MUDAH-MUDAHAN AKAN DIBERKATI ALLAH HENDAK NYA.
ReplyDeleteKEDUA: HARUS BERWASPADA DENGAN MUSUH DALAMAN DAN LUARAN YANG SANGAT LICIK.
KETIGA:HARI INI KITA MEMOHON TIDAK DAPAT, INSYA-ALLAH SUATU HARI AKAN DIBERI
bila terlalu yakin dan penggantungan kpd Allah berkurangan maka inilah keputusannya. isu nasional tidak boleh dijadikan bahan kempen utama di kampung kampung. pak cik mat yang menoreh getah lain keutamaan hidupnya berbanding pak cik mat seorang pesara yang duduk di bandar. fikir fikirkan lay...
ReplyDeleteNak tanya sikit jika SPR masih dgn kelaku mcm ni boleh ke PAS rasa akan menang pilihanrayaakan dtg. Cuba tnya TGHA apa tindakan PAS nak ambik? Beserah aje pd Allah ke...
Delete