Polis benar bapa jumpa Adam Adli di lokap
Adam Adli Abdul Halim disiasat selama dua hari berturut-turut dan tidak diberikan bantal mahupun selimut untuk tidur, kata peguam Fadiah Nadwa Fikri yang melawat aktivis siswa tersebut hari ini.Fadiah, yang bertemu Adam Adli bersama bapa pemuda tersebut, Abdul Halim Abdul Hamid, di pusat tahanan reman Jinjang pada jam 1.30 hari ini berkata mereka terpaksa menunggu lama sebelum dapat berbuat demikian.
"Selepas menunggu untuk beberapa lama, saya dan bapanya dibenarkan untuk bertemu Adam. Pengerusi bersama BERSIH (Datuk) S Ambiga, yang turut hadir, tidak dibenarkan bertemu,” katanya.
Tambahnya, beliau dan Abdul Halim kemudiannya berjaya menemui Adam Adli, dalam ruang yang dipisahkan dengan satu panel kaca.
Panel kaca itu menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk berkomunikasi, lebih-lebih lagi apabila beliau perlu mendapatkan arahan daripada anak guamnya itu.
Peguam itu berkata Adam memberitahunya bahawa anak muda berknaan disiasat dari jam 10 pagi hingga 6 petang pada hari Ahad dan Isnin, manakala polis mengemukakan soalan yang sama berulang kali.
Fadiah juga berkata Adam memilih untuk berdiam diri dan tidak menjawab soalan berulang dan memberitahu pegawai penyiasat berkenaan untuk menonton rakaman video ucapannya.
Siswa berusia 24 tahun tersebut, yang digantung pengajian daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris, ditahan reman sejak hari Sabtu lalu mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan atas ucapannanya dalam program anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia pada 13 Mei.

Pejuang Tamil, kalah dalam lokap.
ReplyDeleteAdat berlakon.
Rambut Panjang dah la nii..
woi... mangkuk 7.37 ko .. menatang ke mangkuk hayun...?
ReplyDeleteadat le duk lokap, den dlu pn xdo d bori bantalnyo, blunket ado la, gatai siot..ha3.
ReplyDeleteKItA berdoa Semoga semua Selamat.
ReplyDelete