Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini mengkritik kepimpinan parti kerana didakwa mengamalkan nepotisme atau pilih kasih dengan mengetepikan pandangan kepimpinan Selangor dalam menentukan calon menteri besar negeri itu.
Beliau berkata, Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail bertindak menyerahkan surat mencalonkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar tanpa persetujuan PKR negeri.
Azmin ALi Kekal dalam PKR
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menjelaskan, beliau akan kekal bersama parti dan tidak akan mengkhianati kepercayaan yang diberikan pengundi sebagai wakil rakyat Gombak dan Bukit Antarabangsa untuk tempoh lima tahun lagi.
Katanya, semua pihak boleh terus bermimpi, tetapi beliau tidak sesekali mempunyai hasrat meletakkan jawatan sebagai orang nombor dua dalam parti yang mana Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penasihatnya itu.
Sementara itu, beliau juga menafikan spekulasi bahawa beliau mengintai kerusi menteri besar Selangor yang disandang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.Malaysiakini
Wahai Azmin,jangan ingat diri tu hebat sangat. Penyokong memilih PR bukan Azmin. DSWA telah memilih calon yang tepat dan disokong rakyat selangor iaitu TS Khalid. Cermin-cermin diri. kalau dah tak boleh sesuai dgn PR lompatlah ke UMNO, ok?
ReplyDeletepr tak menang kerana ada manusia yang tidak ikhlas berjuang, ada yang perasan bagus .
ReplyDeletebetul seperti kenyataan di atas
ReplyDeleteAzmin
ReplyDelete1) jawatan MB bukan jawatan parti. jangan gaduh macam MB tu jawatan parti pulak.
2) anda adalah wakil rakyat. Jika rakyat mahukan TSK jadi MB, maka anda kena sampaikan hasrat rakyat.
ok
Semua ini perlukan mesyuwarah. Duduk bersama-sama satu kluarga besar DAP, PKR dan PAS. Berbincang secara positif. Kalau ada kelemahan, perbaiki segera. Yg telah kuat diperkukuhkan. Terima pndgan, tapis & buat keputusan bersama. Rakyat pun boleh diambil pndgan mereka. Barulah dinamakan pakatan dan menjadi harapan rakyat. Musuh akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan kita.
ReplyDeleteMacam la dia Azmin tu bagus sangat..Dia ingat dia sorang yang bersih dan tak mengamalkam nepostime.Boleh belah la Azmin, kita ahli PKR semua masih ingat lagi semasa pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR,,Azmin vs Zaid Ibrahim ,,apa berlaku dlm perebutan jawatan tu,,Azmin kumpulkan semua kroni kroni nya,,semua ketua ketua cabang, paksa mereka supaya menyokong beliau..tiada perlawanan bersih dalam perebutan itu..Masih kah kau ingat.....
ReplyDeletejgn ngarut la azmin. gua tau lu punya plan. lu ingat pencacai2 lu tu pandai simpan rahsia ke?. Harap Tan Sri Khalid kekalkan Rodziah adun Batu 3 sebagai exco...nak tengok azmin dan pencacai2 dia hangin ke tak...hahaha...
ReplyDeleteKami pilih PR kerana Tan Sri Khalid adalah nakhoda yg bagus. Pentadbirannya adalah Rakyat didahulukan dan bukannya parti. Jika kami ingin memilih MB yg mengutamakan parti dan org-org didalaminya, parti BN adalah pilihan yg terbaik. Kita tak nak MB BN. Kita nak MB rakyat. Tindakan ahli-ahli parti mengkritik MB-MB yg tidak mementingkan ahli parti tapi lebih mementingkan rakyat tidak sepatutnya berlaku seperti terjadi kpd Tan Sri Khalid dan Ustaz Azizan. Rakyat melihat dan menilai. Kikis perasaan tamak dan hasad tu.
ReplyDeletesbg pengundi aku sangat kecewa dengan apa yg berlaku. belum apa apa dah bercakaran sesama sendiri. tak boleh ke apa yg terbuku dihati tu di bawa berbincang elok elok. kenapa perlu buat komen dan hentam secara terbuka.sbb ini lah Allah S.W.T masih tak mengizinkan pr tawan putrajaya. korang belum bersedia, persefahaman korang sebenarnya sangat rapuh. azmin ali cover lah ckit. nampak sgt kau tu kemaruk nk jd mb
ReplyDeletejawatan mb selangor sebenarnya kepunyaan pas.
ReplyDeleteTAKKAN PAS HANYA JADI KUDA TUNGGANGAN DAP DAN PKR SAHAJA.
AHLI PAS YANG TERAMAI DALAM PAKATAN
Berilah kepada jawatan mb kepada mereka yang telah melonjakkan PR di Selangor untuk mereruskan kecemerlangan
ReplyDelete