Friday, June 28, 2013

Benarkah Dakwaan Jusuh Kala Ini ? himpunan Black 505 dibiayai pihak asing


Mantan naib presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa perhimpunan membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu -  Black 505 - dibiayai oleh pihak asing.

Beliau juga mendakwa mengetahui Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington dan Filipina, lapor Berita Harian.


"Dan mungkin juga di Thailand dan China, itu kamu kena selidiki. Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina dan sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu.

"Mereka tidak boleh menyembunyikan diri kerana mereka adalah rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka," kata tokoh Indonesia itu seperti dilapor dalam akhbar tersebut.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara khas dengan Ketua Editor portal berita Merdeka On-Line Al-Azharri Siddiq Kamunri di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Dalam temubual itu juga, Jusuf juga mempersoalkan tujuan mengadakan perhimpunan - yang berakhir Sabtu lalu - jika ia didakwanya hanya memberi keuntungan kepada musuh Islam dan orang Melayu.

"Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan tidak dapat memberi jawapan dengan jelas.

"Ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli parlimen dari parti lain.

"Maka, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Blackout 505 itu hanya sia-sia, melainkan menguntungkan sebelah pihak iaitu musuh Islam," katanya.

Untuk maklumat terkini / FB  KLIK SINI

3 comments:

  1. Jusuf Kala sama specie dgn Robingeh. Robingeh tutup mulut bila dpt habuan RM walaupun puki rabak. Jusuf Jala ni lebih tau tentang hal ehwal dalaman negara jiran, bila dapat suapan RM bukan rupiah...

    ReplyDelete
  2. Yang hairan ialah orang asing bercakap mengenai kesetiaan DAP, satu parti yang berdaftar secara SAH dalam NEGARA INI, MALAYSIA. Ini ucapan dan andaian amat dangkal, sebiji macam pemimpin UMNO.
    Pernahkah DAP membunuh orang Islam di Malaysia ni? Yang dok bunuh orang Islam di Malaysia ialah orang Melayu sahaja. Tak pernah aku dengar orang Islam dibunuh oleh orang bukan Islam di Malaysia terutama dari DAP.
    Ini berita yang amat bahaya seolah-olah rakyat Malaysia terutama dari DAP tidak sayang negara sendiri. Kalaulah orang Melayu sayang akan Malaysia ni, sudah tentu depa tu tak berlaku rasuah sama ada harta maupun kuasa, tidak menfitnah, tidak membunuh, tidak mengkhianati agama sendiri, ..... Bagaimana kita persoalkan kesetiaan rakyat Malaysia yang tidak pernah mengkhianati amanah yang diberi sedangkan yang memperkosakan undang-undang Malaysia dianggap sebagai PAHLAWAN NEGARA. Inikah mentaliti orang Melayu seperti Jusuf ni sudah tentu merupakan mala petaka bagi Melayu khasnya, orang Islam amnya.

    ReplyDelete
  3. jusuf kalla ni apa dia tahu dia ingat malaysia ni macam indo kee aga dia punya negara sudah lahhh

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..