Jika benarlah berita ini... maka tahniah Dato' Mufti!
Bila tersebar berita bahawa kerajaan UMNO Kedah mengharamkan kuliah
di Sri Mentaloon maka ramai peminat kuliah tersebut khususnya kakitangan
awam merasa sedih kerana majlis ilmu yang diasaskan oleh Ustaz Azizan lima
tahun lalu menjadi mangsa pertukaran kerajaan.
Mereka meminta jasabaik Dato' Mufti Kedah Syeikh Badarudin supaya memujuk
Menteri Besar untuk membenarkan semula kuliah tersebut diadakan kerana ia
adalah kuliah agama, bukan ceramah politik. Yeelah, bukan asal sebut Islam saja
politik, sebut Islam saja politik... takkanlah sampai kuliah agama pun takleh sebut
Islam. Sepanjang kuliah berjalan sepenggal kerajaan lalu, walaupun yg beri kuliah itu
MB sekalipun namun beliau tidak pernah berceramah politik kepartian UMNO-PAS,
memang kuliah agama semata-mata.
Maklumat terbaru diterima bahawa atas desakan demi desakan dari orangramai
akhirnya MB Mukhriz membenarkan semula kuliah di Sri Mentaloon diadakan.
Adakah ia hasil perundingan Dato' Mufti dengan MB? Jika benarkah kuliah dibuka
semula atas campurtangan Mufti maka sekalung tahniah kepada Dato' Mufti kerana
berperanan dengan baik sebagai ulamak... walaubagaimanapun kita tengoklah hari
Sabtu terdekat ini (8 Jun) sama ada kuliah tersebut diadakan semula atau tidak
selepas sebulan dihentikan.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..