Zahid 'kantoi', kata Rafizi
PKR mendakwa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membelanjakan lebih RM2 juta, sepuluh kali ganda perbelanjaan yang ditetapkan untuk kempen di peringkat Parlimen, iaitu RM200,000, dalam pilihan raya umum lalu.
Parti itu memfailkan dua petisyen pilihan raya, mendakwan Zahid terlibat dalam pembelian undi dan berbelanja lebih dalam kempennya sebelum ini.Dua petisyen itu merujuk kepada video yang dimuat naik oleh Zahid sendiri dalam laman rasmi, yang menyebut beliau merekrut 24,000 penyokong BN yang juga pengundi tempatan di Badan Datoh, sebagai pekerja kempen ketika bertanding kerusi Parlimen itu.
Beliau juga dalam video itu mengakui memberikan mereka RM100 dan 5kg beras setiap seorang.
"...dia kantoi," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Untuk maklumat terkini / FB KLIK SINI

Dato Zahid...nak Bantu..Tapi ..makan diri..
ReplyDeletemana mau lari... haaaa...
ReplyDelete