Sunday, July 28, 2013

2,374 PEMANDU TEKSI TERIMA INSENTIF RM600 DARIPADA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG!!!..PASTI BERITA NI TIADA DLM MEDIA UTAMA


BERITA YANG DISOROKKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN...




GEORGE TOWN, 27 JULAI: Seramai 2,373 pemandu teksi menerima 

insentif sebanyak RM600 daripada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR)
 Pulau Pinang, semalam. 

Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng 

sebagai menghargai peranan mereka dalam negeri seperti mana yang
 terkandung dalam manifesto PR pada PRU-13 lalu.

Menurutnya, bayaran insentif itu akan dilakukan dua kali setahun iaitu 

RM300 untuk penggal pertama dan selebih akan diberi pada awal Januar
i tahun depan.

“Baki RM300 hanya akan dibayar jika mereka terus memberi perkhidmatan 

terbaik.

“Jika didapati ada aduan mengenai salah laku, kerajaan negeri tidak 

teragak-agak untuk menarik balik baki insentif itu, jadi mereka perlu 
memastikan khidmat yang diberi sentiasa berada pada tahap terbaik 
kepada pengguna,” katanya selepas menyerahkan insentif di daerah 
Timur Laut, semalam.

Bagi daerah Timur Laut, seramai 843 pemandu teksi dan kereta sewa

 menerima insentif berkenaan.

Guan Eng juga berharap sumbangan itu mampu meringankan beban mereka

 terutama kepada yang bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. – Roketkini.com

2 comments:

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..