Allahuakbar....
Penyokong Dr.Muhammad
Mursi menunaikan qiamulail beramai-ramai pada pagi 1 Ramadhan di Medan
Rabaah Adawiyyah. Inilah adalah salah satu senjata yang di gunakan untuk
melawan kumpulan penentang.
Mesir: Tidak ganjak, Jutaan terawih di Dataran Raba'ah...
Suasana terawih para penyokong Morsi di Dataran Raba'ah malam tad
MESIR: Meskipun berdepan peluru hidup dan keganasan tenteta, para penyokong Dr.Mohamad Morsi langsung tidak berganjak dari Dataran Raba'ah yang menyaksikan puluhan orang terkorban ditembak tentera Subuh kelmarin.
Malah dikatakan jumlah kehadiran di dataran ini semakain ramai sehingga
memeningkan pasukan polis dan tentera Mesir yang telah melakukan
rampasan kuasa terhadap Morsi minggu lalu.
Malam tadi, jutaan
penyokong Morsi menjadikan Dataran Raba'ah sebagai medan menyambut 1
Ramadhan. Malah mereka juga nekad akan berkampung di sini sehingga Morsi
dibebaskan dari tahanan tentera.
Suasana terawih malam tadi
meyaksikan mereka membentuk saf memenuhi setiap ruang kosong di kawasan
tersebut sekaligus merubah dataran itu kepada lautan manusia.
Jalan-jalan menuju ke dataran itu juga dilihat penuh dengan penyokong yang membentuk saf memanjang sehingga puluhan kilometer.
Lebih menaikkan semangat pendokong Morsi apabila Syeikh Umum Qurra'
Mesir, Dr.Ahmed 'Isa Ma'sarawi turut turut menyatakan sokongan bersama
rakyat di sini menolak rampasan kuasa oleh tentera dan mendesak Morsi
dikembalikan ke jawatannya semula.
Beliau turut diberi penghormatan mengimamkan solat terawih di sini malam tadi.
Malah beliau juga mengumumkan akan menjadi imam kepada umat Islam di Dataran Rabaah sepanjang Ramadan ini.
Untuk maklumat terkini / FB KLIK SINI
semoga mereka mendapat kemenangan
ReplyDelete