Wednesday, July 17, 2013

Masyaallah : Memang Sah Kerajaan Baru Mesir Bukan Islamis

Tiada langsung Islamis dalam kabinet sementara Mesir
Kerajaan sementara Mesir menetapkan sasaran besar untuk mengembalikan pemerintahan awam dan menyelamatkan ekonomi negara itu, proses yang dirumitkan dengan siri tunjuk perasaan dan kebuntuan politik dengan kumpulan Islamis berpengaruh.

Ketua kerajaan sementara Adli Mansour, hakim yang mengetuai kerajaan yang disokong tentera, mengangkat sumpah bersama 33 lagi menteri yang dilihat liberal dan teknokrat di istana presiden pada Selasa, lapor Reauters.



[Mesir Terkini] Gambar Kabinet Kerajaan Haram Mesir |Wajah-Wajah Pengkhianat Mursi Tersebar | Presiden Interim Adly Mansour di tengah-tengah bersama menteri kabinet di Istana Presiden Kaherah (foto semalam 16 Julai).

Hampir 2 minggu yang lalu, Adly Mansour telah angkat sumpah, diikuti dengan jentera kerajaan yang baru diketuai oleh Perdana Menteri Hazeem El-Beblawi.

[Mesir Terkini] Gambar Kabinet Kerajaan Haram Mesir | Wajah-Wajah Pengkhianat Mursi Tersebar

Menampilkan Menteri Pertahanan Gen. Abdel-Fattah As-Sissi, watak yang bertanggungjawab dalam rampasan kuasa ke atas Dr. Morsi pada 3 Julai yang lalu. 

As-Sisi sekarang ini diberi mandat sebagai Timbalan Perdana Menteri & masih memegang portfolio di Kementerian Pertahanan.

Dekat belakang sekali ada seorang yang pakaian seperti ulama' dan 3 orang wanita tidak bertudung.

Tiada seorang pun menteri dipilih daripada kumpulan Islamis Mesir yang memenangi 5 kali pilihan raya secara berterusan sejak 2011.

Presiden Islamis Mohamed Mursi digulingkan tentera pada 3 Julai selepas jutaan rakyat Mesir menunjuk perasaan di jalan-jalan raya bagi menuntut pengundurannya.

Ikhwanul Muslimin menolak kerajaan sementara itu, termasuk Perdana Menteri Hazem el-Beblawi, seorang ekonomis veteran liberal.

"Ia kerajaan haram, perdana menteri haram dan kabinet haram," kata jurucakap Ikhwan Gehad El-Haddad.

"Kami tak iktiraf seorang pun dalamnya. Kami juga tak sesekali mengiktiraf kuasanya sebagai wakil kerajaan."

Menteri-menteri itu memasuki pejabat masing-masing hanya beberapa jam selepas tujuh lagi terbunuh dan 260 tercedera akibat pertembungan penyokong Ikhwan dengan polis di tengah kota Kaherah, berdekatan Giza.

Angkat itu menjadikan jumlah keseluruhan terkorban selepas Mursi digulingkan sekurang-kurangnya 99 orang.

Ketegangan antara dua kumpulan pula mewujudkan pemisahan masyarakat yang jelas antara yang menyokong campur tangan tentera dan yang menentangnya.

Bagaimanapun, di balik kegasanan dan pergaduhan politik, kerajaan sementara menggalas tugas besar untuk membawa ekonomi Mesir keluar daripada kelembapan, selepas dua tahun setengah pergolakan dan ketika bekalan makanan sekarang di paras bahaya. Mkini

Untuk maklumat terkini / FB  KLIK SINI 

1 comment:

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..