Friday, July 5, 2013

Perghh..Bapa diu tuduh Rogol Anak Kandungnya Sendiri ..Apa nak jadi ni ?

KOTA BHARU - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol anak kandungnya, tahun lalu.
Lelaki berusia 43 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari.


Dia didakwa melakukan persetubuhan dengan anak keempat dari enam beradik itu di alamat Kampung Aman, Kandis, Bachok, antara jam 10 dan 9 pagi, November 2012.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan tidak kurang 10 kali sebatan.

Ketika tuduhan dibacakan, tertuduh yang berada dalam kadang pesalah, beberapa kali menggelengkan kepalanya.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin kemudian menetapkan tarikh lain untuk sebutan semula kes berkenaan dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selepas mengambil kira saksi-saksi kes yang terdiri daripada ahli keluarga. Kes tersebut bersambung pada 1 Ogos depan.


Untuk maklumat terkini / FB  KLIK SINI 

3 comments:

  1. Apa punya tajuk la admin...nak tarik trafik kat lu punya blog pun pikir la dosa pahala...mamat tu baru dituduh dan dia pun tdk mengaku bersalah (betul dia buat atau tdk kita tdk tahu)..makhamah pun tdk jatuhkan hukum lagi..tp lu punya tajuk dah jatuhkan hukuman kat dia..berat66 admin.

    ReplyDelete
  2. Apa punya tajuk la admin...nak tarik trafik kat lu punya blog pun pikir la dosa pahala...mamat tu baru dituduh dan dia pun tdk mengaku bersalah (betul dia buat atau tdk kita tdk tahu)..makhamah pun tdk jatuhkan hukum lagi..tp lu punya tajuk dah jatuhkan hukuman kat dia..berat66 admin.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..