Monday, July 1, 2013

Panas Nih !! Bekas MP Jerai Cerai Isteri Talak Satu ?

KUALA LUMPUR 1 Julai - Bekas Ahli Parlimen (MP) Jerai (PAS) Mohd Firdaus Jaafar melafazkan cerai dengan talak satu kepada isterinya Nurul Huda Binti Arshad di Mahkamah Rendah Syarie, Daerah Gombak Timur hari ini.

Tuntutan cerai difailkan oleh Nurul Huda selepas mendapati tiada lagi keserasian dalam perhubungan antaranya dengan Firdaus.


Ketika perbicaraan, Nurul Huda hanya mengangguk tanda faham setelah Hakim Shaiful Azli Bin Jamaludin bertanya sama ada beliau mengerti fakta kes yang dibacakan oleh Peguam Zahir Razak yang mewakili Firdaus.

Setelah meneliti kes, Hakim kemudiannya bersetuju terhadap tuntutan cerai tersebut dan memerintahkan Firdaus melafazkan cerai dengan talak satu.


Nurul Huda yang tidak diwakili peguam kemudiannya menitiskan air mata apabila Firdaus melafazkan cerai.

Dalam temubual bersama wartawan Rakyat News, beliau menyatakan perasaan redha diatas penceraian tersebut.

Sepanjang lima tahun perkahwinan, Firdaus dan Nurul Huda tidak dikurniakan cahaya mata.

Untuk maklumat terkini / FB  KLIK SINI

7 comments:

  1. Hidup-mati,jodoh, rezeki dtangan Allah. Ketentuan Allah, mungkin itu terbaik buat mereka. Semoga tabah menghadapi hari mendatang.

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya telah roboh sekian lama masjid yg dibina.. apakah tidak ada jln lain selain perceraian sbg pilihan... walaupun Islam membenarkan!

    ReplyDelete
  3. Berakhirnya hubungan muram selama 5 tahun selepas pemegang amanah gagal menghayati sifat kebertanggungjawapan yg di amanahkan

    ReplyDelete
  4. Kesiannn kpd Nurulhuda Arshad, isteri kedua yg diceraikan semalam. Bukannya isteri prtama atau ketiga. Semoaga isteri prtama dan ketiga bergembira dan bahagia...NurulHuda Arshad yg diceraikan semalam adalah isteri kedua. Harap Maklum.

    ReplyDelete
  5. harap admin betoikan fakta...firdaus jaafar ni ada 3 bini..yang diceraikan no 2, dgr kata ada bakal no 4 pulak..jauh nu di sebarang....

    bila kalah salahkan bini...bila tak sefahaman salahkan bini,esok dah sakit pun kata bini jugak sebab dia..haru betoi...mcm ni ka seorang ustaz( katanya)..asyik menyalahkan org lain, bukan nak muhasabah diri sendiri....

    ReplyDelete
  6. Lantaklah depa..nk kawen ke..nk bercerai ke..ada aq kesah....hahahaha....

    ReplyDelete
  7. Jodoh...ajal maut...rezeki..adalah ketentuan Allah...mgkin perceraian adalah yg terbaek buat mereka drpd terus hdup menanggung beban dn dosa....

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..