Ketuanya, Mohd Nor Hamzah yang juga Adun Bukit Payung berkata, selain
berkampung di Kuala
Besut, Pemuda Pas juga menerapkan strategi sentuhan
mesra kepada pengundi terutama anak muda sebagaimana tradisi dilakukan
parti itu.
“Kita akan menurunkan tokoh dan ikon anak-anak muda, antaranya Ustaz Azhar Idrus (UAI).
“Insya-ALLAH dengan sentuhan mereka ini, anak muda akan membuat
perubahan pada PRK ini,” katanya yang turut meminta jentera Umno tidak
bertindak agresif bagi memastikan perjalanan PRK Kuala Besut lancar.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai keputusan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan tarikh PRK pada bulan Ramadan, beliau tetap optimis, malah mengajak anak muda mengambil semangat daripada kisah Perang Badar.
“Jika SPR mengadakan PRK pada bulan Syawal sekalipun, ia tidak menjadi masalah kepada pejuang Pas,” katanya.

Untuk maklumat terkini / FB KLIK SINI
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..