Saturday, August 31, 2013

Niat Baik Yang Membawa Tragedi..Eksekutif Air Asia Terbunuh


Tragedi niat murni

Ampang: Niat baik seorang lelaki yang cuba merempuh motosikal dinaiki 

dua peragut bertukar tragedi apabila kenderaan itu terlanggar wanita yang 
diragut penjenayah terbabit hingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Kejadian menyedihkan itu berlaku di depan Kondominium Palm Villa, Jalan

 Cempaka, di sini, jam 2.40 pagi, semalam ketika mangsa, Sharinawati 
Abu Bakar, 30, yang juga eksekutif syarikat penerbangan AirAsia X baru 
pulang dari tempat kerja.

Sebelum kejadian, lelaki berusia 20-an menaiki Proton Wira bersama rakannya 

di lokasi kejadian ternampak Sharinawati disamun dua lelaki bermotosikal.

Dengan niat mahu menolong mangsa, lelaki terbabit cuba merempuh 

motosikal suspek dengan cara mengundur kenderaannya dengan laju, 
namun tersasar dan melanggar Sharinawati manakala suspek berjaya 
melepaskan diri.


KONDOMINIUM Palm Villa tempat Sharinawati diragut, semalam.

Mangsa yang dijadualkan berkahwin Disember depan disahkan meninggal 
dunia selepas dibawa ke sebuah hospital swasta di Jalan Ampang, di sini, 
oleh pemandu kereta terbabit.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..