Pelik! Nenek Ini Mempunyai Tanduk Di Dahinya ) | Adakah manusia itu mempunyai tanduk? Tidak, kerana secara normalnya manusia itu tidak bertanduk. Tetapi seorang wanita berstatus nenek ini dipercayai mempunyai satu tanduk yang tiba-tiba tumbuh di bahagian dahi kirinya. Wanita yang dikenali sebagai Zhang Ruifang ini pun turut tidak mendapat jawapan bagaimana tanduk itu boleh tumbuh di dahinya. Namun begitu, tanduk itu dikatakan tidak menjejaskan kehidupan sehariannya.
China – Zhang Ruifang, nenek berusia 101 tahun asal Desa Linlou, Provinsi Henan, China jadi perhatian ramai gara-gara tanduk yang tumbuh di dahi kirinya.
Tanduk hitam sepanjang 2.4 inchi atau 6 sentimeter tumbuh hanya dalam masa setahun di dahi kiri Zhang Ruifang. Sementara, di dahi kanan ada tanda-tanda akan tumbuh tanduk sama.
Tidak hanya terkejut, keluarga nenek ini juga bimbang. anak bongsunya, Zhang Guozheng (60), mengaku memperhatikan kulit kasar yang tumbuh di dahi ibunya setahun lalu.
“Namun lama-lama makin aneh, tiba-tiba ada tanduk di dahi ibu saya, sampai berukuran 6 sentimeter,” kata dia.
“Sekarang bahkan ada yang tumbuh di dahi sebelah kanannya. Kami bimbang akan tumbuh lagi tanduk yang sama, “kata Zhang.
Belum jelas penyebab tanduk di dahi Zhang Ruifang. Namun diduga itu kerana penebalan kulit.
Sel yang membentuk tanduk itu diduga adalah keratin – sel yang sama yang membentuk rambut dan kuku manusia. Sementara pada haiwan, keratin membentuk bahagian kulit dan tanduk.
Meski pun uzur, Zhang Ruifang masih aktif. Dia mampu berjalan meski dibantu tongkat. Dia juga masih boleh menikmati makanan kegemarannya dengan enak, misalnya paha ayam goreng.
Zhang Ruifang mempunyai tujuh anak, enam laki-laki seorang perempuan. Anak tertuanya berusia 82 tahun. Keluarga Zhang Ruifang tinggal di luar bandar dan tidak punya wang untuk membawanya ke rumah sakit. Namun, kata mereka, tanduk Zhang Rufang tidak membuatnya sakit – nenek itu masih boleh menikmati masa tuanya dengan damai.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..