Sunday, August 4, 2013

PERGhhh. , KJ Belasah Zahid Hamidi Dalam Diam Diam


Dalam Diam, KJ Belasah Zahid Hamidi

Tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha meningkatkan kemampuan dan kecekapan anggota keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani kadar jenayah dan bukannya memperkenalkan satu undang-undang baharu.   


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar) semasa memberikan pandangan itu berkata, perkara itu termasuk memahirkan lagi PDRM dalam siasatan jenayah dan meningkatkan kemudahan teknikal pasukan itu.   


"Saya secara peribadi tidak setuju dengan mana-mana undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan kerana ia melanggar hak asasi manusia dan 'natural justice' dan ia adalah perkara yang tidak boleh kita terima.  

"Jadi bukanlah kita perlu memperkenalkan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan sebaliknya kita perlu meningkatkan lagi keupayaan pasukan keselamatan kita," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa Pemuda Umno Negeri Sembilan bersama media, di Seremban malam tadi.    

Beliau diminta mengulas mengenai polemik rang undang-undang baharu bagi menangani jenayah berat yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat September ini yang dikatakan akan mempunyai eleman penahanan tanpa bicara.  

Rang undang-undang baharu itu bertujuan membanteras jenayah selepas kerajaan memansuhkan Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad pada 2011.  Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, pasukan polis sebenarnya telah mempunyai kuasa yang agak besar di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang membenarkan mereka membuat tahanan reman terhadap mana-mana suspek jenayah.  

Katanya, sekiranya satu undang-undang baharu perlu diperkenalkan sekali pun, ia tidak boleh mengandungi elemen penahanan tanpa perbicaraan kerana ia melanggar prinsip dalam perlembagaan.    

Selain itu, Khairy berkata perkara penting yang perlu diambil kira adalah mengenai perlindungan kepentingan dan keselamatan saksi jenayah.    Katanya, walaupun saksi dilindungi oleh Akta Perlindungan Saksi 2009, namun mereka masih perlu tampil untuk memberi keterangan sekali gus menyebabkan identiti mereka terdedah.    

"Kita kena cari jalan mungkin pinda beberapa undang-undang untuk memastikan keselamatan saksi terjaga dan itu mungkin kita boleh terima dari segi undang-undang baharu," katanya. ~bernama

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..