Friday, August 23, 2013

Perghhh..ORANG KUAT UMNO & BEKAS PEGAWAI KERAJAAN TIBAI MUKRIZ.....


Gambar : Pelajar KUIN yang terpaksa belajar di luar kelas akibat kelas yang tidak cukup utk menampung pelajar 


Inilah situasi atau 'mangsa' orang yang buta melihat keuntungan jika memartabatkan Pendidikan dan Keilmuan..

Kelmarin 21 ogos 2013 di mergong . Pelajar pengajian islam yang ramai di urus oleh pentadbiran duduk di bilik kuliah yang kecil dan sempit, sehingga ada sebilangan dari mereka yang terpaksa belajar dan menyalin nota melalui tingkap kelas.

Gambar: Kelas Kuala Ketil...
We miss it...
:(
Ini bilik Kuliah di Kampus Kuala Ketil



KUIN - Bila UMNO BN berkata tidak serupa yang di dalam hati...

Saya harus akui bahawa saya antara penyokong dan pelaksana dasar kerajaan. Saya menyokong projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat. Saya terlibat secara langsung dengan pembangunan prasarana diluar Bandar. Saya pegawai kerajaan (bekas), saya lakukan sebaik mungkin kerana saya percaya ia untuk kebaikan rakyat. Saya tidak menjadi ahli UMNO kerana pegawai kerajaan tidak dibenarkan aktif politik.

Tetapi sebab sebenar ialah saya dilarang menyertai UMNO oleh ahlinya sendiri. Alasannya kerana saya ada 2 ijazah universiti. Dua puluh tahun dalam kerajaan, saya banyak mengalami pertembungan nilai antara kepentingan rakyat dengan kepentingan orang politik. tetapi saya bersabar juga kerana saya diamanahkan begitu. Lagipun saya percaya tiada siapa bersih dari kelemahan.

Saya pernah berurusan dengan projek bernilai ratus juta. Orang yang diberi kontrak tidak ada pengalaman sedikit pun. Akhirnya pembangunan terbengkalai . Ada projek yang dibuat tidak dengan kajian terperinci. Bahkan ada projek yang dibuat walau pun dibantah oleh pakar-pakar . Jika anda ke Langkawi, dipintu kuala Sungai Kedah, anda boleh lihat Kota Kuala Kedah .

Kota itu mirip kepada kota di Eropah dizaman raja raja mereka. Anda tentu tahu kota itu tidak pernah digunakan kerana tidak selamat. Pergilah ke muzium padi di gunung Keriang, ada kolam renang bersaiz olimpik. Ada siapa yang gunakan kolam itu sekarang? Itu hanya contoh yang kita terpaksa melihatnya. Sakit hati mengenangnya.

Bila Mukhriz menjadi menteri besar, dia berulang kali sebut bahawa ; “ kita akan jadikan negeri Kedah pusat keilmuan diperingkat antara bangsa”. Idea ini sungguh luhur dan mulia. Siapa pun tidak boleh menyanggahnya. Bila dilihat pada pelaksanaannya, kata-kata itu cuma hiasan untuk menghibur hati orang ramai. Bahkan bercanggah .

Idea menghasilkan INSANIAH sangat murni. Sampai ketangan orang yang melaksanakannya dipalit dengan berbagai kepentingan lain. Berapa Menteri Besar yang dilalui oleh INSANIAH sebelum berjaya menjadi kenyataan. Empat MB dari UMNO gagal membina suatu idea yang dicetuskan oleh orang UMNO sendiri. Tiba-tiba seorang MB dari Pas yang memegang kuasa selama 5 tahun membangunkan Kampus KUIN di Kuala Ketil. Apa lagi kesimpulan yang dapat dibuat mengenai UMNO?. Kalau buah, buruknya sudah sampai kepulur. Tidak boleh diselamatkan lagi.

Apa faktor yang menjadikan Ust Azizan Berjaya membina Kampus K.Ketil dalam 5 tahun sedangkan 4 MB dari UMNO gagal melaksanakanya dalam 20 tahun ialah kerana dia memang jelas dan iltizam untuk menjadikan KUIN sebuah university yang hebat. Masalah kewangan, politik, birokrasi tidak menjadi halangan kepada beliau. Sedangkan 4 MB UMNO dengan sokongan KCS dan Kerajaan Persekutuan gagal, maka apalagi yang hendak kita katakan mengenai UMNO. 

4 comments:

  1. umno dan kebejatan seiring ..semata2 untuk material dunia..tidak untuk akhirat

    ReplyDelete
  2. apa yg boleh diharapkan dari umno? ada!!! mengutamakan harta dunia walaupun mengorbankan bangsa melayu dan ugama islam. Itulah kelebihan umno yg tidak ada pada pas dan pkr serta dap. sebab tu umno masih berkuasa...
    ha..ha haa..aku ketawa bagi pihak umno...

    ReplyDelete
  3. Moral paling mudah utk difollow ialah.....yg membuat onar di KUIN ni ialah saki baki org2 pas juga......saja je depa nak buat kecoh...macai pulak percaya bulat2.....biasalah tuan2 semua.....PAS DAN FITNAH BERPISAH TIADA.....

    ReplyDelete
  4. Ano 8:33 PM menghasilkan pendapatnya yang bergelegak dari anusnya. Dulu, kini dan selamanya rakyat KENA dulu

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..