Polis siasat satu lagi 'kes hina agama' di facebook
Dikatakan berlaku satu lagi kes menghina masyarakat Islam di negara ini menerusi laman Facebook yang didakwa milik seorang pembantu kepada seorang wakil rakyat.
Ia menggambarkan kad hari raya yang tertera kepala babi panggang yang diapit lemang di sebelah kiri dan ketupat di sebelah kanan dengan kata-kata yang menjemput umat Islam menikmati hidangan itu.
Bagaimanapun carian di laman Facebook di akaun yang menggunakan nama 'Alan Tang' mendapati posting kad ucapan itu sudah tidak ada lagi.
Sebaliknya Alan yang merupakan pembantu kepada ADUN Stulang, Andrew Chen Kah Eng dalam posting statusnya mendakwa terdapat individu lain yang meniru foto serta nama pengenalannya di laman Facebook itu dan memfitnahnya dengan posting sedemikian.
"Saya tidak pernah berniat menghina mana-mana agama dan sebaliknya saya amat berbangga kerana berada di negara yang menerima pelbagai agama seperti Malaysia," katanya.
Beliau mendakwa turut menerima panggilan ugutan menerusi telefon pada pukul 9 pagi semalam daripada pemanggil yang menggunakan nombor persendirian.
Alan yang kemudiannya menyedari posting itu lalu membuat laporan di Balai Polis Taman Pelangi, Johor Baharu pada pukul 4.30 petang hari yang sama.
Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Johor, ACP Nor Azizan Anan mengesahkan polis menerima laporan tersebut dan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasatnya.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek turut melahirkan rasa kecewa dengan kejadian itu dan berkata ia membuktikan generasi muda kini tidak memahami sensitiviti agama dan kaum.
Beliau yang ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Seri Pekembar di sini hari ini, berkata negara sudah hampir 60 tahun mencapai kemerdekaan tetapi sejak kebelakangan ini semakin banyak tindakan serta kelakuan antara kaum yang berlaku yang boleh menggugat keamanan negara dan ini amat berbahaya.
- Bernama

No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..