Mengejutkan apabila seramai 15 orang dilaporkan hilang setiap hari di negara ini dan rata-ratanya membabitkan gadis berusia 13 hingga 17 tahun yang kebanyakannya memiliki rupa paras menawan.
Lebih membimbangkan, polis mengesahkan antara punca kehilangan gadis berkenaan ialah diculik sindiket pemerdagangan manusia untuk dijadikan pelacur di negara jiran.
Menyedari isu terbabit menakutkan ibu bapa, terutama yang memiliki anak perempuan, wartawan Metro Ahad menemubual beberapa keluarga yang menderita akibat kehilangan anak gadis mereka, selain penyesalan beberapa remaja perempuan akibat keterlanjuran melarikan diri dari rumah.
Diharap kisah itu memberi iktibar kepada semua pihak, terutama ibu bapa dan remaja perempuan, bagi mengelak kesilapan sama berlaku dalam keluarga.
ELINA dipeluk erat ibunya apabila dia pulang ke rumah selepas melarikan diri dua bulan.
Bagaikan menempah bala, seorang remaja perempuan di daerah ini yang lari dari rumah kerana mengikut beberapa lelaki baru dikenali dikurung selama seminggu, jarang diberi makan selain diugut bunuh jika cuba melarikan diri.
Apa nak Jadian NIH..tak Ada orang lain ka nak culinary nih
ReplyDeleteIni lah akibat pemerintahan UMNO haramjadah yg tidak serius menangani gejala ini. Polis lebih digunakan untuk kepentingan politik UMNO...mengawasi pembangkang!! Apabila ada operasi, akan ada tangan ghaib dari pihak yg berpengaruh yg menghalangnya!!! Tak payah nak menyangkal apa saya cakapkan ini kerana saya tahu!!!Terimalah padahnya kepada kita semua!!
ReplyDelete