TEHERAN - IRAN. Kereta yang membawa Presiden Iran Hassan Rohani telah dibaling kasut oleh individu tidak dikenali ketika beliau meninggalkan Lapangan Terbang Mehrabad selepas kembali dari menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, semalam.
Bagaimanapun, media tempatan melaporkan kasut tersebut gagal mengenai beliau yang ketika itu sedang melambaikan tangan ke arah penyokongnya.
Kejadian itu dipercayai berlaku berikutan sekumpulan penunjuk perasaan berang kerana Hassan berbual selama 15 minit bersama Presiden AS Barack Obama untuk pertama kali, malam kelmarin selepas hubungan antara kedua-dua negara terbabit dilaporkan dingin sejak lebih 30 tahun lalu.
Khamis lalu, Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif turut mengadakan pertemuan bersama wakil beberapa negara termasuk Setiausaha Negara AS, John Kerry untuk berbincang mengenai program nuklear yang dibangunkan negara tersebut.
Difahamkan laporan dipetik dari AFP, bekas Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad juga pernah menerima nasib yang sama ketika beliau mengadakan lawatan ke Mesir, awal tahun lalu
aHjiGo
Ada orang tak SUkA la tu.
ReplyDeleteAda orang tak SUkA la tu.
ReplyDelete