Gambar Hiasan
Wahai ustazah .. kondom ini milik siapa??Alahai .. ustazah ini kantoi khalwat apabila kesan gigitan di leher dan juga dua sarung kondom yang masih basah dipercayai baru sahaja digunakan ..Dicekup Kerana Memiliki Kondom Dan Lovebite Di Leher
Biarpun beria-ia mendakwa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak lima bulan lalu, temberang wanita berusia 27 tidak mampu bertahan lama.
Malah, penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dalam rumah berkenaan mengukuhkan lagi rasa curiga pihak berkuasa bahawa terdapatnya orang kedua dalam premis berkenaan.
Wanita yang mulanya berlagak bersahaja itu mula berubah riak wajahnya, menjadi semakin pucat apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung kesan merah di lehernya.
Dia mula mereka pelbagai cerita dengan mengatakan kesan berkenaan akibat digaru kerana gatal manakala kondom yang ditemui adalah milik rakannya yang dikutip sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
Menurut sumber, selepas 20 minit berdolak-dalik, rahsia guru itu terbongkar dengan penemuan teman lelakinya bersembunyi di loteng.
Berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa perlakuan tidak senonoh guru agama itu dengan pasangannya, satu serbuan dijalankan di rumah teres, Taman Rinting, Masai jam 1 pagi.
Hasilnya, kami menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat dan tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau muhrim, katanya.
Menurutnya, berlaku kekecohan apabila teman lelaki guru terbabit mendakwa kononnya sukar untuk turun dari loteng berikutan siling yang tinggi. – Informasi Dot My.
LAGI BERITA SEMPOI KLIK SINI YANG BELUM ANDA LIHAT
memalukan ..Ustazah Je ..huhu
ReplyDeletecuba selak sejarah masyarakat melayu.jika berlaku maksiat,misal kes zina dan seumpamanya,orang terbabit dipulau dan dihalau ke luar kampung.bawa dirilah jawabnya.memalukan orang ramai.
ReplyDeletesekarang,kes sebegini sungguh menakutkan kita kerana bala datang ke dalam masyarakat,entah siapa pula bakal melakukan nya esok,lusa atau seterusnya.bala lain,belum lagi diketahui bakal menimpa masyarakat.hanya Allah yang mengetahui.Bala itulah yang sangat ditakuti,iaitu bila Allah timpakan bala ke atas sebuah negeri atau negara tanpa disedari oleh manusia.wallahhu a'lam.
dunia dh nak akhir zaman...
ReplyDeleteMasa memanjat perut dan loteng, tak rasa tinggi. Nak turun pulak baru terasa tinggi sangat.
ReplyDeleteBila nafsu menguasai, iman senipis kulit bawang- ustaz ke ustazah waima muftipun hanyut!
ReplyDeleteKesian kat title 'ustazah'.
laksana hukum Islam sepenuhnya, mudahkan perkahwinan,ibubapa tak terlalu memilih asal beriman, Insya Allah nafsu boleh diurus insan
ReplyDelete