Saturday, November 23, 2013

Berita Gempar !!! Jawatankuasa Pemilihan umum letak jawatan..UMNO ada Berani ke

Masalah pengundian: Asmuni 

Macam Ni Sempoi n Berani Bro  !!! Jawatankuasa Pemilihan umum letak jawatan..UMNO ada Berani ke

SHAH ALAM: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat hari ini mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan teknikal yang berlaku dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat kali ini dengan keseluruhan aanggotanya meletak jawatan.

Perletakan itu diketuai Pengerusinya Asmuni Awi diikuti oleh seluruh anggotanya.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Asmuni pada jam 11.11 pagi ini selepas sesi pengundian tamat.
"Atas kesilapan berlaku semalam, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat bagi sesi 2013-2015 bersama seluruh ahli jawatankuasa berasa kesal dan kecewa atas kesilapan teknikal yang berlaku.
"Maka kami sebulat suara mengukumkan meletakkan jawatan kerana berasa sangat kesal dan tidak berjaya melakukan tugas seperti yang diharapkan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat," katanya ketika mengumumkan perkara itu.
Bagaimanupun ujarnya, proses pemilihan mesti diteruskan bagi mengelakkan sebarang keraguan timbul selepas ini.
Ujar Asmuni, pihaknya telah mengambil langkah yang perlu membetul kesilapan tersebut dan alhamdulillah pegundian pagi ini dapat berjalan dengan lancar.
Semalam, Jawatankuasa Pemilihan hanya melakukan pengundian bagi calon-calon yang melibatkan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Manakala bagi pemilihan 18 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pula ditunda pada pagi ini, yang bermula pada jam 8.15 pagi tadi.

Ia ekoran berlaku kesilapan teknikal pada kertas undi bagi Ahli Jawatankuasa iaitu terdapat nama calon yang tiada dalam kertas undi.

Keputusan penuh pemilihan akan diumumkan selewat-lewat petang nanti.

Seramai 1,129 perwakilan membuang undi.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..